Monday, October 11, 2010

WANG HANTARAN TINGGI, ADAKAH SATU TREND?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah dgn limpah kurniaNYA kite dapat bertemu lagi menghirup udara segar di bumi allah ini. Semalam dlm malas sempat gak ros meneman kan keluarga mertua ke masjlis pertunangan adik ipar (lelaki). dekat je diibaratkn dlm 2,3 langkah da smpai umah tunang nya. da jodohnya dengan org dekat kan, nak wat guane, rezeki ia la kan. Ok ni bukan nak cerite pasal majlis pertunangan adik ipar ros tapi nak luahkan sedikit pendapat yang terbuku kat minda ros bile terkejut dengar wang hantaran adik ipar ros nih. WOW!


Sekarang ni jika kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa, kita akan dapati hantaran perkahwinan kini tidak seperti zaman mak2 kita dulu. Rasanya masa zaman ros kawin dulu pon da start da wang hantaran yang mencecah puluhan ribu. seperti berlawan2 plak, jika anak pakcik sebelah ni rm7k, anak pakcik yang sebelah sana plak pasti atas sikit dari anak si polan tadi. So bile harga kakaknye da rm8k, adiknya plak mesti ats sikit dari kakak nye. Bole rujuk kat keratan akhbar ini <== klik sini. Tapi perlu juga wang hantaran tinggi ni sebab barang2 sekarang ni da mahal. Tak kan nak beli katil pakai buang, tilam pakai buang. Tirai2, langsir seme mesti nak yg cantik dan lain dari yg lain. Jika da lain dari yg lain mestilah harga pon lain dari yg lain. Ada baik dan buruknya hantaran tinggi ni. Kita tgk pula dari sudut kaum adam.

Kesian pada hok lelaki ni yang terpaksa menanggung beban puluhan ringgit. Tapi nak wat guane kan? da sayang ngat. Lautan api sangguh ke redahi ini kan pula setakat rm10k or rm15k. Berhutang le sana sini. Yang untung Bank Rakyat le. Dengan motto 'SAYA MESTI PILIH' kaya bank rakyat ni sebab ramai yang buat pinjaman dengan ia. tu belom kira yang wat loan untuk masuk MLM. hikhikhik (^_^)

Yang pelik kuaga pompuan ni tak pikir ke yang bakal menantu nye tu cukup duit ke tak? Orang nya berharta atau tak? Anak orang berada ke? Adik beradik ramai ke tak? Maybe lelaki tadi merupakan penanggung adik beradik yang ramai masih belajar disebabkan oleh ayah yang da pencen gaji kecik. sian la si lelaki menanggung beban wang hantaran tinggi sampai menderita ketika tempoh pertunangan. Dah la gaji si lelaki tak besar mana, namun orang lelaki ni pantang dicabar. Maka dengan itu lah wang hantaran setinggi mana pon sanggup dilayan. tunang plak tadi cun giler macam aishwarya rai. so berbaloi la bagi si lelaki tadi. ditambah plak yang perempuan tadi menjadi idaman ramai. so lagi kembang la bontot si lelaki tadi mendapat perempuan yang paling glem (bes woman win! instead of bes man win!)

Ada juga mana2 lelaki ni bijak berlakon. di hadapan umum semasa di alam pertunangan, bukan main nampak ceria, bahagia n senyum je (senyum tawar-memang nampak tgh menderita). walhal tgh menderita dengan permintaan tunangnya yg bermacam2. tu belom masuk bab cincin, gelang dan rantai. Jika perut bole pakai rantai, perut pon dibelikan rantai. cincin plak nak permata besar penumbuk, gelang nak tebal 4 inci, rantai plak nak panjang sampai ke pusat. Adui mana tak penin kaum lelaki melayan karenah perempuan yg sebegini. very high taste. kite masuk plak bab barang2 hantaran lain seperti beg tangan, parfum dan lain2. Jika bole seme nak barang berjenama mewah, parfum yang beratus2 ringgit harganya. Yang jadi mangsa sape lagi, si lelaki tu la tadi, tak kan nak putus tunang plak kot? malu beb! tapi jika di alam pertunangan pon da menderita, agaknya di alam perkawinan mcmane la ye???? sebab itula jika kita lihat sekarang memang rame yg kawin dalam sebulan 2, da bercerai. maka terpaksa la yg lelaki tadi berpikiran +ve walaupon tika di alam pertunangan da menderita tahap gaban. orang lelaki mana nak kongsi masalah dengan org lain. jatuhla ego beb! maka harung la segala derita, dalam FB da canang kat seluruh org kampong status : engaged, gamba tunang yg cun tahap aiswarya rai pon da papar kat seme penduduk kampong FB. maka wajib pertunangan itu direalitikan dengan perkahwinan. (bg ros, xsesuai dlm FB diheboh2kan status : engaged, ini bagi mengelakkan sesuatu buruk berlaku, jgn d sbb kn FB, terjadi sesuatu yg tidak diingini)

Maybe mak ayah pompuan tadi letak wang hantaran tinggi sebab anak ia pandai masak, pandai mengemas dan menghias umah, bijak belajar, keje plak pangkat besar, muka plak class A++ dengan body mcm gitar, kulit putih mulus bersih macam dr harlina (isteri syeikh muzaffar), senang cakap pakej lengkap la tu le pasal mak ayah pompuan tu letak hantaran tinggi beb! nak plak yg buat majlis perkahwinan di dewan bapok besar. Tak kan nk letak hantaran rm8k je. gile glamer wat kat hotel atau dewan. da la acon sejuk je, tak de la tetamu yg hadir ni basah kuyup ngan peluh hikhikhik

apa2 pon bagi ros yg penting adalah selepas perkahwinan itu, apa guna hantaran tinggi tapi si isteri langsung tak pandai masak, manja sangat. sampai nak basuh pinggan pon tak mampu. bukan itu sahaja, nak mengemas rumah pon, malas. suami balik dari keje tgk umah macam kapal nak belayar. Asik sakit je, macam2 penyakit ada. tu belom masuk bab anak, ada yg memberi alasan utk tidak mahu anak kerana alasan2 tertentu. so mana la si suami tadi sanggup nak mengharungi alam rumah tangga yg sedemikian. 1 thn 2 thn 3 thn??? 1 bulan memang nampak yg cantik je, lps sebulan baru nampak yang hangit seme. Ada tu masa alam pertunangan da nampak da yg hangit nyer tapi demi nak menjaga aib maka diteruskan sehingga majlis perkahwinan. Tup2 masa da berkahwin plak baru nk pikir utk bercerai. Lagi haru!

Sebenarnya allah telah memberi petunjuk dari awal tentang jodoh kite. Jika kite berkehendakkn seseorang tetapi terlalu byk dugaan yg muncul sebenarnya itu bukan jodoh kite, tiada keserasian. tetapi jika kite tetap berdoa agar org itu menjadi milik kite, memang allah akan makbulkan doa tersebut tetapi perlulah kite mengharungi segala penderitaan oleh kerana tiada kesesuaian. 'Perempuan yang baik utk lelaki yg baik'. Pada mana2 yg rasa ati dgn tulisan ros, ros mohon maaf, bukan nak mengata @ mengutuk, ini sekadar pandangan ros setelah melihat dan membaca artikel2 di akhbar 'akibat daripada wang hantaran tinggi' lebih banyak buruk dr baiknya. Ros pon ada anak perempuan, moga Allah  lindungi kami sekeluarga dari perkara2 buruk dan moga bila anak perempuan ros da besar panjang dan wajib dinikahkan, ros tidak terjebak dengan 'trend' ini. Yang baik dijadikan panduan, yg buruk dijadikan sempadan.

Share

1 KOMEN:

Anonymous said...

begitu mendalam masej yang ingin disampaikan...

Post a Comment