PUAN EMPUNYA TAMAN

assalamualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA dan keizinanNYA dapat ros bina blog kepunyaan ros sendiri. sebenarnya da lama ros bangunkan sejak september 2008 tapi oleh kerana tiada kesempatan utk meng'update' maka blog ros ni terbengkalai sehingga april 2010 baru la ros kembali aktif. itu pon bila time tu ros bersalin. sambil2 cuti lama kat umah, masa tu la ros dapat memurnikan blog ros ni. sebenarnya ros bina blog ni semata2 untuk wat catatan harian. apa yg ros masak, apa yg ros wat tiap hari dan kejadian2 biasa & luar biasa yg berlaku pd ros sekeluarga.maka dgn itu, u all jgn la pelik tgk blog ros ni cite ikut suka ati kepala ros je. apa yg terlintas di hati ros, ros coretkn di sini selagi tidak menentang hukum alam, undang2 malaysia dan hukum allah.

ros bina blog ni langsung tak terlintas nak trafik tinggi atau nak dapatkan follower sebanyak mungkin. sebab tu jika u all perasan, ros tak letak pon gadjet utk follower. so pada mana2 nak jd follower, silakan. ros tak halang. ros buat blog ni memang semata2 gatal tgn atau terlebih rajin pada ketikanya la. tapi tak sangka plak yg blog ros ni, ada juga insan yg nak baca. huhuhuhu. terharu gek. kepada yg membaca, ros amat menghargainya dan berterima kasih. tak tau nak balas mcm mane. hanya allah saje yg dapat balas jasa baik u all nak singgah blog ros. namun demikian, jika ada mana2 pihak yg tidak berpuas hati dengan coretan ros, ros mohon maaf andai coretan ros mengenai mana2 pihak secara langsung atau tidak langsung, yg hidup mahupon yg telah tiada di dunia ini.




Read More