Saturday, December 11, 2010

pertemuan setelah 20 tahun

assalamualaikum dan salam sejahtera

baru2 ni, 6/12/2010 ros ke kolej komuniti teluk intan utk perasmian program modular senibina dan animasi. wahhhh memang happening. ros plak memang tak pernah ke sana sepanjang umo ros yg da tua ni. lebih kurang 3 jam 40 minit dari kediaman ros. tak sangka plak, ingatkan jauh ngat. da terlanjur ke sana, ros pon dengan secara tak langsungnya telah membuat modus operandi untuk bertemu dengan rakan lama ros iaitu hayati yusoh yg da 20 tahun tak berjumpa. tamat darjah 6, masuk tingkatan 1 kami telah terpisah. hayati ni rakan baik ros masa sekolah rendah. di situ ada ros di situ ada yati.

ros ni amik gambo menara condong tapi jadi tak condong la plak ~ yg condong kepala dan kamera ros masa amik gambo ni huhuhuhu

mcm2 aral diturunkan olehNYA sepanjang ros nak bertemu dgn yati, yati dok kat manjung, lebih kurang 40km dari teluk intan. dengan bateri hp ros kong, dengan dalam hp tu ler ada alamat dan no hp yati. sampai manjung lebih kurang pukul 7.30mlm, tp tak dapat nak wat ape2 sebab hp ros bateri kong. ros plak baca sms alamat yati sekali imbas je. tuka sim kad masuk kat hp hubby, alih2 tak kua juga no hp dan sms yati. so duduk ler terperuk 5 beranak dalam kete, menunggu yati kol @ sms. 



selama 1 jam dok menunggu, then dalam pukul 8.30pm hubby amik keputusan balik je teluk intan sbb ari da mlm, da la tempat tu baru first time sampai, memang jalan tak bape familiar. tup2 kul 8.33 mlm yati sms tanye ros sampai kat mane. alhamdulillah sampai jua ros umah yati. ros amat2 berterima kasih pada hubby ros yg amat tinggi tahap kesabarannya (sanggup tunggu sms yati sampai 1 jam) hubby ros dengan sabarnye melayan karenah ros nak berjumpe dengan rakan lama ros ni. walaupon ros memang wat silap besar tapi hubby ros tahan sabar je :-) memang ros tak perasan sungguh bateri hp ros da kong. ros bgtau hubby ni semua suratan dariNYA, kite kene redha. jika ada rezeki dan izinNYA dapatla ros jumpa dengan yati. alhamdulillah 7hb disember 2010 jam 8.34 mlm ros dapat bertemu dengan yati yang cumel maintain je. melalui FB la kami dapat berhubungan semula. dengan FB la kami dapat bertukar2 no hp. FB ni ada kebaikan dan keburukannya, janji kita menggunakannya ke jalan yg betul.

ni picture ros bersama hayati ketika tahun 1984 (tadika darul Quran, raub, pahang)

kini (7 disember 2010, manjung, perak) sama lak posisi kami bergambar sejak tadika lagi (time kasih kpd adik mia kerana pandai amik gambo bonda ngan untie yati, tak sempat bonda nak posing da snap pic)

1 KOMEN:

Anonymous said...

wah...nice moment...jejak kasihan..

Post a Comment