Friday, August 5, 2011

perempuan cantik vs perempuan tak cantik

assalamualaikum dan salam sejahtera

salam ramadhan kepada semua, u all pernah terfikir tak tentang kelebihan yang ada pada perempuan cantik? diskriminasi yg berlaku antara perempuan cantik dan perempuan tak cantik. ros sendiri pernah mengalami pengalaman ini sewaktu ros belajar kat maktab dulu. roomate ros memang la cun gile, orang terengganu. memang comel lote, cute mute. orangnya kecil molek ngat, dengan lesung pipit di penjuru kiri dan kanan bibir, pipi gebu bagai telur dikupas dan kening lebat. dalaman pon cantik juga, orangnya lemah lembut sopan santun. MAS (nick name), itula empunya nama (maaf ye mas, eksploitasikan mas sebagai bahan ujikaji) kami memang sering bersama-sama jika ke mana-mana. dan kebetulan pula minat kami sama iaitu minat kaler pink. so memang sehati sejiwa la, tapi ros ni bukan la dari kategori perempuan cantik. so ros ni selalu menumpang tuah roomate ros (^_^). jika kami nak keluar dari blok kami nak ke pintu gate utama mmg amat jauh, tapi ada je kaum adam yang sudi utk menumpangkan. jika ros jln sorg atau dgn kawan yg lain tak de plak kaum adam yg nak tumpangkn, seme wat tak nampak je :-( siap ada yang nak melanggar kami lagi ada. tp bile kua ngan  mas, rame plak yg sudi menumpangkan, smpai mas ni plak yg rimas.


ok jom kite baca anggapan kaum adam terhadap pompuan cantik dan pompuan tak cantik (ini andaian saje, tak de kene mengene dgn yg hidup atau yg tlh meninggal dunia). tulisan ini ros ambil dari UNWANTED. kredit buat UNWANTED. untuk baca lebih lanjut sila klik read more. tq

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni….

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni…..

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,

Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!


selepas membaca kenyataan di atas, jangan pula ada yang beranggapan dunia ini tidak adil. ketahuilah oleh semua bahawa Allah maha adil. mencipta setiap makhluk di dunia ini dengan seadil-adilnya. setiap kekurangan yang terdapat pada diri kita, tersembunyi hikmah di sebaliknya. apa guna kita  beriya-iya menambah@menolak(mengubah dalam erti kata lainnya) apa yang telah dicipta olehNYA kepada kita semata2 inginkan perhatian dari masyarakat sekeliling? bukankah sepatutnya kita mensyukuri setiap nikmat yang telah allah kurniakan kepada kita dan sentiasa menambah amalan dan iman d dada untuk menarik perhatian NYA agar ditempatkan ke dalam syurga?
 

0 KOMEN:

Post a Comment