Friday, September 23, 2011

andai rasullullah bersama kita

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

alhamdulillah kita semua masih berkesempatan dan diberi nikmat untuk hidup hingga ke hari ini dan ros plak berkesempatan untuk menaip entry di blog ros yang kaler pink kecoklatan ni. hari ni semasa on the way gi keje, dengar entry menarik kat radio IKIM 'andai rasullullah bersama kita' berlatar belakangkan plak lagu 'law kaana bainana'. sebak rasa di dada. di bawah ini ros attach sekali lagu tersebut yang ros amik dari you tube. cuba kita dengar lagu ni dan hayati senikatanya (jangan plak sampai lalai)




apakah yang akan kita lakukan jika rasullullah berada bersama kita sekarang? adakah kita akan terpegun dengan kecantikan zahir dan budi bahasa rasullullah? adakah kita merasai rendah diri sehingga memohon kepada allah supaya diambil nyawa kita secepat mungkin kerana tidak mengikuti segala hadis dan sunnah yang telah ditinggalkan oleh rasullullah? adakah kita akan menangis di hadapan rasullullah sepanjang masa memikirkan kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan? bagaimana pula dengan perasaan rasullullah apabila melihat situasi dunia sekarang ini???? untuk bacaan seterusnya, sila klik 'read more'.


namun ada yang berpendapat kita tidak boleh menggunakan perkataan 'ANDAI' 'JIKA' 'KALAU' kerana melalui penggunaan perkataan tersebut seolah-olah kita menyalahkan takdir dari allah. sebagai contoh :

 'andai aku tak buat macam tu, mesti aku tak langgar kereta orang depan'
 'jika aku angkat hand break ni tentu kereta aku tak mengelongsor langgar pagar rumah'
 'kalau malam tadi aku kunci pintu dan grill, tentu pencuri tak masuk rumah aku malam tadi'


maka jelas melalui perkataan 'andai, kalau dan jika' di atas, kita seolah-olah mengeluh dengan takdir yang allah telah hisabkan. seolah-olah kita menyalahkan takdir yang telah tersurat ke atas kita sedang semua perancangan di dunia ini adalah dari NYA. baik mahupon buruk telah diaturkan oleh NYA. maka dengan itu perkataan 'andai, kalau dan jika' yang kita gunakan tidaklah salah digunakan untuk perkara-perkara bertujuan kearah kebaikan sebagai contoh seperti tajuk entry ros pada hari ini, ros tidak bermaksud ke arah negatif tetapi meminta pembaca sekalian berfikiran kearah  positif andai rasullullah ada bersama kita sekarang. masing-masing mempunyai pendapat dan mungkin pendirian peribadi jika kita dapat peluang bersama dengan rasullullah ketika ini. mungkin pendapat dan pandangan yang tidak dapat dikongsi dengan orang lain. tepuk dada tanya iman.


di kesempatan ini, ros ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca, maaf kerana terlewat mengucapkan salam hari raya atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa mengguris rasa. yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari ros juga aturan dariNYA. kita tidak punya apa-apa di dunia ini, semua hanya pinjaman dariNYA. assalamualaikum.

0 KOMEN:

Post a Comment