Friday, December 30, 2011

jom! potong kuku ikut sunnah nabi

assalamualaikum dan salam sejahtera semua


alhamdulillah, dengan limpah kurniaNYA, kita semua masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar, bernafas dengan bantuan oksigen yang percuma dibekalkan oleh allah. bayangkan jika oksigen di sekeliling kita ini diletakkan harga oleh allah? maka hargailah setiap nikmat yang allah kurniakan pada kita walau sekecil mana pon. janganlah membuat perbandingan antara bahagian rezeki orang A dengan orang B, sesungguhnya allah maha adil dan bijaksana. jangan sesekali kita mempertikaikan apa yang telah berlaku. redhailah setiap pemberian dariNYA.

ok, di hari yang mulia ini, ros godek-godek internet ni, terjumpa dengan artikel potong kuku ikut sunnah nabi. ok kawan-kawan, jom kita followwwwwww.........


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih. Mulakan potong kuku dimulai dengan Bismillah dan selawat Nabi. dan yang paling penting buatlah sesuatu bukan utk mengharapkan ganjaran pahala atau syurga semata-mata tapi buat la sesuatu kerana allah ta'ala. semoga kita semua peroleh keberkatan hidup dunia dan akhirat.

4 KOMEN:

Post a Comment