assalamualaikum dan salam sejahtera
15 syaaban baru je meninggalkan kita....selasa yang lalu...sekarang kita diberi buku baru untuk mencatat segala rutin harian yang kita lakuka, moga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati dan dimurahkan rezeki, sentiasa dalam aman dan harmoni..cekal menghadapi sebarang dugaan yang mendatang..insyaallah.
ros pon da lama tak update blog ni, bz ngan macam2 hal. ni pon saja nak jenguk2 blog..nak jenguk gak blog kawan2. arini abang haikal, adik mia dan baby manja seme nyer kene selseme..paling sian baby manja la, tapi tak la teruk..sekadar bersin2 dan leleh sikit jer..da bagi makan ubat tadi. arap esok ok la kot. dorang ni sokmo nyer tak kene lama selseme. mana tak nyer kene selseme, da asik berendam dalam kolam. buat lagi kan da kene selseme...nasib baik tak demam. PERHATIAN bagi mana2 kengkawan nak nengok program motivasi SMK Bukit Rambai sila klik 'read more'.
Slot yang disampaikan oleh beliau adalah slot motivasi dan slot persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian sepanjang program ini, pelajar memberikan tumpuan yang penuh terhadap apa yang disampaikan oleh beliau. Semasa sesi terakhir beliau mengadakan sesi muhasabah diri, didapati ramai pelajar yang menangis tidak menahan sebak melihat video yang beliau paparkan. Melalui penyampaian beliau, saya dapati beliau banyak menggunakan lawak jenaka untuk menarik minat pelajar. Sambil tayangan video dipasang, beliau akan mengalunkan muzik lembut yang mengasyikan disamping dengan kata-kata muhasabah yang menusuk kalbu hingga membuatkan airmata mengalir.
Di dalam program ini juga, KKMT turut membuat promosi Sistem Modular kepada para pelajar menerusi slot Halatuju Kerjaya. Melalui sistem ini pelajar diberi gambaran awal dan halatuju selepas mengikuti sistem tersebut. Penerangan ini disampaikan oleh En Abd Jalil Bin Sudee selaku Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat.
Kesimpulannya melalui program ini didapati amat memberi kesan kepada pelajar. Moga melalui program ini pelajar-pelajar akan tersedar dari lamunan dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing.
ni ros nak kongsikan video kelaka ni dengan rakan2 seme yang diambil dari you tube. magik sungguh la. alangkah bahagia dapat wat macam ni ek. gemuks la badan ros
Pada hari semalam ros terlibat dengan Program Motivasi yang dianjurkan oleh SMK Bukit Rambai, Melaka bertempat di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
TARIKH : SELASA ~ 27/7/2010
TEMPAT : DEWAN KULIAH KKMT
AUDIENS : PELAJAR2 SMK BUKIT RAMBAI, MELAKATanggal 27/7/2010 SMK Bukit Rambai telah memilih Dewan Kuliah KKMT sebagai premis untuk menjalankan program motivasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 5, seramai 112 orang pelajar menyertai program ini. Penceramah yang dijemput adalah Tuan Haji Nor Azlan Bin Haji Samurdan dari Kolej Komuniti Tampin. Beliau adalah Pegawai Psikologi yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun di dalam bidang kaunseling
Pelajar memberi sepenuh perhatian
Pelajar cuba menjawab setiap pertanyaan penceramah dengan 'sporting'
Kelihatan para pelajar begitu tertib dan memberi kerjasama dengan baik
Pengarah KKMT Tuan Haji Dzulkarnain Goh Bin Abdullah menerima cenderahati dari Penolong Kanan SMK Bukit Rambai, Puan Hajah Hamidah
0 KOMEN:
Post a Comment