Saturday, July 31, 2010

terkilan dengan jurubaikpulih kerosakan Telekom Malaysia (TM)

assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah tak u all mendapatkan perkhidmatan Telekom Malaysia (TM) untuk sebarang permasalahan yang berkaitan dengan telefon @ internet @ yang sewaktu dengannya?ok ros nak cerita sikit pengalaman yang berlaku pada hubby ros selasa yang lalu (27/7/2010)

Sebenarnya kami telah mengalami gangguan penggunaan internet sejak 25/7/2010(internet kejap ada kejap takde), tapi hubby bagitau yang TM sedang dalam penambahbaikan sistem dan kebetulan plak memang ada orang TM sedang membaiki talian, so ros yang memang tak tau ape ni, mengiyakan la apa yang hubby ros kata kan tu. Pada 27/7/2010 keadaan internet makin tenat, sampai terus tak bole digunakan langsung, dan telefon plak terus tak dengar ape2 deringan apabila membuat panggilan(senyap sunyi sepi).ape gi hubby cepat2 bertindak dengan mengekol 100 untuk mendapatkan bantuan kerosakan yang dialami pada jam lebih kurang 3.45 petang. 

Jam 5.15 petang pada ari yang sama(ros belum sampai umah lagi masa tu) datang lah 3 orang pekerja dari TM dengan menaiki van persendirian (cekap betul TM ni baru je laporkan kerosakan, dalam masa dua jam da menjelma juruteknik yang datang untuk membaiki. Untukpengetahuan u all ni da kali 2, juruteknik TM datang ke rumah ros untuk membaiki kerosakan (rasa macam ada somethin je yang tak betul semasa pemasangan awal pada bulan Mac tahun lepas~tapi tak mau la wat andaian negatif)

Juruteknik tersebut telah memeriksa kerosakan yang dialami dan mendapati kerosakan itu berpunca dari splitter. Juruteknik tersebut mencadangkan kami menukarkan splitter yang baru(walhal baru je pasang tahun lepas, tak kan da rosak). Hubby ada bertanyakan berkenaan harga splitter yang dijual di luar dengan yang dijual oleh TM. Juruteknik memberitahu splitter yang di luar kebanyakannya cap 'mancis' (tak bagus ler) berbanding yang dikeluarkan oleh TM, so tanpa melengahkan masa hubby meminta juruteknik tersebut menukarkan splitter dari TM.

Yang kelakarnya splitter yang diganti itu kelihatan amatla buruk, coklat kelabu2, dengan daki2 melekat2 sana sini.nDa la tadi ia bagitau ganti yang baru dan dikenakan charge sebanyak rm20. Dan yang paling kelakar sekali apabila splitter yang lama ros punyer tu hubby letak kan kat telefon wat sementara rupenya menjadi perhatian mamat 3 orang ni, semasa seorang juruteknik yang bernama ARIQ ni membuat panggilan telefon untuk memastikan telefon berfungsi, dengan sewenangnya mengambil splitter tersebut tanpa meminta izin dari kami tuan empunya. Mana kami tau yang splitter tu diambil oleh juruteknik tersebut?

Selepas selesai membaiki kerosakan, hubby ros pergi semula ke telefon untuk mengambil splitter yang kami punyer(yang hubby ros letak kat sebelah telefon tadi)tengok2 da tak de. hubby ros tanye pada juruteknik yang wat panggilan telefon tadi tapi ia bagitau yang hubby ros da amik(memang la hubby ros da amik tapi letak kat sebelah telefon tu, masalahnya baru beberapa minit da ilang). Memang hubby letak splitter kami tu kat sebelah telefon sebab hubby nak bawa splitter tu ke kedai keesokkannya untuk bertanyakan harganya. Untuk pengetahuan u all, resit RM20 pembelian splitter pon tak dikeluarkan. Yang hubby ros plak satu hal bole macam orang kene pukau, tak reti nak tanye (ape tak nyer...hubby da sibok dok layan anak-anak 3 orang ni...hingga tak perasan resit tak de)

Keesokkannya jam 2.30 petang ros mendapat panggilan dari TM bertanyakan mengenai pembaikan permasalahan yang dialami. Ros mengucapkan jutaan TQ kepada TM kerana cekap membuat proses pembaikan. Ros juga  menceritakan segalanya kepada pemanggil TM yang bernama Suryani berkenaan 'attitude' jurubaikpulih TM itu. Terkilan dengan sikap juruteknik yang mengambil kesempatan, da la splitter yang diganti dengan splitter yang ntah zaman bile, dibayar RM20 lagi(bila ros bertanya dengan pihak TM, mereka memberitahu harga yang paling bagus sekali pon RM15 itu pon yg betul2 baru, bukan yang second hand) lepas tu bole tak mengaku mengambil splitter kami. Ros rasa ia amik dan betulkan kemudian ia akan guna kan untuk ganti pada mana2 pelanggan yang mengalami kerosakan splitter(macam kes kami ni la, ntah sapa punyer splitter ia gantikan bagi kami).

Moral of the story, sikap amanah dan bertanggungjawab di kalangan manusia ni da makin pudar. Jika bole nak kaya dengan cepat melalui cara mudah. Allah Maha Kuasa. Kami tak kisah dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM20 untuk splitter 2nd hand tu, da rezeki ia, yang kami terkilan 'attitude'. Jika benar berkehendakan splitter kami yang lama tu, minta izin, kami pon bukan nak wat ape ngan splitter tu dan keluarkan resit untuk sebarang penjualan walau nampak pengguna sibuk dengan hal nya. Sememang nya perkara ini nampak remeh tetapi dari perkara yang remeh akan membawa kepada kepesongan yang lebih besar. Moga apa yang berlaku pada kami tidak berlaku pada anda semua.


ini la rupe bentuk splitter yang telah diganti, warna kecoklatan dengan daki2 itam sana sini (bukan teknik pencahayaan)
ini pula resit dari TM yang menyatakan splitter diganti tetapi harga tidak dinyatakan

0 KOMEN:

Post a Comment