assalamualaikum dan salam sejahtera semua
sekarang ni memang rajin betul ros nak menulis dalam blog ni. Allah gerakkan hati ros untuk sentiasa update apa sahaja yang ros masak dalam blog ni untuk dikongsi bersama dengan rakan2 pembaca sekalian. secara umumnya ros ni bukan lah pandai memasak. hanya suka untuk cuba2 memasak. otak yang Allah beri ni sentiasa ligat berfikir untuk memasak bagi anak2 dan incik asben makan (tapi incik asben ni tak plak gemok2 --> kurus gitu je la). anak2 ros pon sama seme jenis hok keding2 je walau makan banyok doh. think positive ros!!! maybe metabolisme tinggi kot. alhamdulillah. tapi badan ros je la yang makin naik nampak nye. huhuhuhu tu yang memaksa diri untuk jog 4 times every week. untuk jaga kesihatan kan....jantung ni kene jaga...umo udah makin meningkat...
ari sabtu lepas incik asben bawa kami seme gi beli ikan kat PADANG TEMU, Melaka. pada umat muhammad yang duduk di sekitar on the way ke padang temu ni, meh la ramai2 gi beli ikan kat sini....memang murah giler tahap gaban...tak tentu arah jadinye nak beli sea food ni. ok ros bagi peta arah nak ke sana. yang ros tau tempat jual ikan ni kat area padang temu, bile bertemu dengan markas PAS, then trus lagi dalam 50 meter ke depan ada masjid, masuk simpang tu (kat situ la area jual ikan murah derrrrrr). ikan tenggiri kat pasar jual rm24 sekilo tapi kat sini rm12 sekilo. memang separuh dari harga di pasar. ikan plak segar2. besor2. pandai2 la pilih ye. nak kene datang cepat sebab ramai ngat orang. buka dalam area kul9 if tak salah ros dan tutup kul12 tghari. balik tu terus ros wat asam pedas ikan tenggiri ala nyonya. lihat resepi di bawah. ros folo resepi dari blog cik mat
resepi di bawah ni ros da edit sikit mengikut selera ros dan incik asben.
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tenggiri / merah / gerot2 / jenahak
bahan-bahan untuk dikisar :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1//2 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
bahan-bahan untuk diletak dengan ayu nye :
bendi dalam 10 hingga 15 biji (amik yang muda2 belia)
3 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesom
3 helai daun limau purut
1 kiub ikan bilis
1 cawan air asam (ikut kepekatan asam pedas yang dikehendaki)
3 senduk *cili kisar (lada kering ==> ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
garam dan gula secukup rasa
* ros beli lada kering yang tak berapa pedas supaya ros boleh letak banyak cili kisar dan akan mencantikkan warna asam pedas kita, merah menawan je
*jika beli lada kering yang terlalu pedas, nanti nampak asam pedas kite macam kaler merah pucat, tak cantik (sebab kita terpakse letak cili kisar sikit je sebab pedas menghonggang bila makannye)
warna asam pedas kita akan jadi menawan, merah oren yang cantik tapi bila makan rasa nye tidak pedas mana, sedang2 je dan anak2 juga bole makan bersama (oleh itu guna kan cili kisar yg kurang pedas(jgn cili boh), so kite bole letak cili kisar yg banyak dan biarkan ia garing hingga berminyak, baru masukkan bahan2 lain)
CARA2 :
1. cuci ikan bersih2, lumurkan dengan asam jawa sementara nak tumis bahan2 lain
2. tumis lada kering yang dikisar tadi, sampai berminyak (dalam 10 minit ikut sebanyak mana cili kisar)
3. masukkan bahan2 yang dikisar, tumis sehingga bertukar warna dari oren kekukingan jadi merah oren (dalam 30 minit), biarkan bahan tersebut mereneh perlahan. kena banyak saba ye jika nak asam pedas yang sedap dan lazat.
4. masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa, biar kan mereneh (tutup periuk yang comel tu)
5. masukkan kiub ikan bilis, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut
6. masukkan ikan perlahan, jangan bagi pecah ye, jgn dok asik godek ngan senduk je
7. masukkan encik brendi....eh silap...bendi,tutup piuk kejap dalam 3 hingga 4 minit
8. tutup api, taraaaaaa da siap
petua ==>
1) baca bismillah dulu b4 nak masak ape jua makanan, niatkan kerana Allah untuk kebahagian antara kita, menambah keimanan untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah. sambil2 masak banyakkan berzikir, selawat dan istigfar. mudah2an orang yang makan masakan kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah. secara tidak langsung kita yang memasak ni senang2 menambah akaun pahala.
2) masak asam pedas ni, jangan gune cili boh, guna cili kering yang dikisar dan bahan2 yang di tumis tadi perlu digoreng hingga garing dan berminyak. baru sedap rasanye. biarkan bahan tadi mereneh perlahan2. kene banyak saba menunggu. jgn nak cepat masak je.
0 KOMEN:
Post a Comment