assalamualaikum dan salam sejahtera
alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi hari ini. ros baru balik dari temerloh, melawat ibu ayah di kampung. sepanjang perjalanan, anak2 seme nye ceria, al maklumla balik kampong, yg paling happy mestilah mak nye...alhamdulillah da dapat bertemu dengan mak ayah, lagi2 semangat rasanye hidup ini, bercakap di telefon dengan berjumpa dengan ibu dan ayah ni, lain sangat aura nya.
ok guys...ros nak bagi resepi sambal lokan arini. pernah tengok lokan tak? ros first time tengok lokan pada rabu lepas. memang jakun kejap sebab tak pernah tengok makhluk Allah yang satu ni. rupenye adalah seperti di bawah. ros tanye kengkawan, macamane nak masak ni? dorang bagitau wat rendang. tapi ros rasa macam nak wat sambal je la. sebab bahan2 nak wat rendang, tak mencukupi plak kat dapur tu. petua nak masak lokan ni ialah, tak perlu rebus lama lokan ni sbb nanti lokan akan jadi liat. cara terbaik memadai dengan panaskan air dalam piuk hingga menggelegak. then tutup api dan masukkan lokan tersebut ke dalam nya dengan lafaz bismillah, niatkan makhluk ini akan memasuki syurga kerana dengan memakannya mudah2an kita akan bertambah soleh dan solehah, bertambah iman di dada. rendamkan sehingga mulutnye ternganga. then bole dikupas kulitnye dan keluarkan isinya.
inilah dia lokan
isi lokan yang telah kita kupas dari kulitnya
sambal lokan
BAHAN-BAHAN : (utk 10 ekor lokan)
bahan utk dikisar
5 biji bawang merah
2 bijji bawang putih
air asam jawa 1 cawan
cili kisar yang kurang pedas (3 senduk nasi)
sedikit gula dan garam secukup rasa
* boleh masukkan belacan jika suka (ros tak suka bubuh belacan dalam sambal)
CARA-CARA :
1) goreng cilir kisar hingga garing dan berminyak
2) masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing
3) masukkan air asam jawa, biarkan mereneh perlahan
4) masukkan isi lokan tadi, biarkan dalam 2 minit...siap!!!!
0 KOMEN:
Post a Comment