Saturday, August 7, 2010

a bad attitude spoils a good deed

assalamualaikum dan salam sejahtera

haaaa....arini ros nak cerita sikit. bukan cerita bes sangat. tapi boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua. Al-kisah bermula dengan penggunaan Bilik Seminar KKMT oleh PPD sebuah daerah di Melaka pada 2hb, 3hb dan 4hb Ogos 2010, so bile sebut PPD mesti u all semua boleh andaikan siapa kah peserta-peserta kursus nya kan? Tentu la guru-guru macam ros juga la.


Memang kebiasaannya kursus yang dijalankan oleh PPD akan dibuat di KKMT, kami semua memang amat menghargai PPD kerana memilih KKMT sebagai tempat guru-guru untuk menjalankan apa jua kursus. Kursus tersebut dijalankan selama 8 jam bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. da duduk lama2 dalam Bilik Seminar yang berhawa dingin tahap kutub utara tu memang la menyebabkan antara guru-guru tersebut yang asyik berulang-alik ke tandas. MasyaAllah keadaan tandas...macam tandas budak sekolah da suasana nya. Menyebabkan ros dan rakan-rakan geli nak masuk tandas tu. Untuk pengetahuan u all tandas tu bersebelahan dengan unit kami, Bilik Seminar plak memang letaknya satu baris ngan unit kami. so kena la kami kongsi tandas dengan guru-guru yang sokmo datang wat kursus kat Bilik Seminar. Itu tidak menjadi masalah. Malah kami rasa seronok sangat sebab at least ada juga yang menggunakan tandas tersebut, jika tidak memang ros ngan ubai je la(sunyi sepi la gak, kadang2 memang menyeramkan) Tapi yang tak best nyer tandas tersebut bile da ramai2 guna da jadi macam tandas awam. Kita di sekolah sebagai guru sokmo memberi nasihat kepada para pelajar agar menjaga kebersihan tandas, jangan membuang sampah merata2. Tapi apa yang berlaku di sini adalah di sebaliknya. tisu di dalam tandas bersepah-sepah, di sinki tisu basah merata-rata, rambut bersepah. tong sampah jangan cerita la...penuh ngan tisu sampai melimpah ruah. Maka tugas cleaner la yang terpaksa membersihkan dengan kerap untuk memastikan tandas dalam keadaan bersih. Ros tak guna pon tandas tu, sanggup turun ke bawah guna tandas lain.

Tu satu hal la....yang ni lagi best, tahap klimaks cerita ni la, dari Bilik Seminar ke unit kami dihiasi dengan tanaman bunga2 dan batu2 kerikil sungai yang cantik, nak dijadikan cerita ini tambah bes, ubai bagitau ros yang salah satu bunga telah dipukah pasunya, pasu nya hilang dan bunga tersebut telah dicampakkan ke  tempat lain, berderai2 la tanah dari akar pokok bunga tersebut. Batu2 kerikil sungai yang cantik tu nampak berkurangan. Ubai bagitau ros semasa ia keluar dari tandas tu ia nampak ada 3,4 orang guru sedang berkeliling kat bunga tu sambil korek2 bunga dalam pasu tersebut. Agaknya mereka ingat ubai tu pelajar kolej, so mereka wat tak tau je la bile nampak ubai, ubai pon pandang sinis je la kat mereka, konon2 nya tak nampak la perbuatan mereka. Terkejut juga ros dengar cerita ubai.

Ros pon terus telefon pegawai eksekutif (EO) untuk memaklumkan perkara tersebut, dengan pantas EO  terus memanggil urusetia kursus tersebut untuk berjumpa dengan ros di unit kami. Dengan tenang ros memberitahu kepada urusetia terbabit tentang keadaan tandas yang kotor dan perbuatan segelintir guru yang mengambil bunga. Urusetia tersebut meminta maaf dan akan memaklumkan perkara tersebut kepada semua peserta kursusnya. Bagi pendapat ros, tidak salah jika mereka ingin mengambil bunga tersebut, jika nak amik tanpa kebenaran sekalipon, pihak kolej tak kisah tetapi jangan la lepas amik anak bunga, ibu bunga plak dicampak berterabur, bukan hanya bunga, dengan pasu2 dan batu2 sungai2 pon nak amik. Bile difikir2kan semula macam kelakar la plak. Rasa nya pasu plastik tu harga nya dalam RM4 hingga RM5 je.Yang pelik tu, sebelum ni pon ada ramai peserta kursus dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar2 sekolah menggunakan Bilik Seminar untuk menghadiri kursus, tapi tak de plak yang nak amik bunga, pasu dan batu2 sungai tu, semua nya tersusun cantik.

Kepada guru-guru berkenaan, bukan niat ros untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa, niat ros adalah untuk memberi teguran pada mana-mana tindakan yang tidak betul. Ros juga seorang manusia yang tidak sempurna, banyak kelemahan pada diri ini yang perlu diberi teguran/bimbingan agar ros boleh menjadi seorang manusia yang lebih baik. Ampun maaf dipinta andai 'entry' ini menyebabkan ada mana2 pihak yang terasa hati. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.

0 KOMEN:

Post a Comment