Friday, August 13, 2010

cantik tetapi bahaya

assalamualaikum dan salam sejahtera

ok hari ini ros nak inform kat sape2 yang di luar sana tentang bahayanya pokok ini. Tetapi setelah ros baca keterangan dalam entry sebuah laman web berkenaan pohon ni, tidak la sebahaya seperti yang dihebohkan. Tapi untuk makluman semua sila baca kenyataan di bawah yang ros ambil dari blog zetty munirah. Anda wat la decision ye.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun, boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda menggigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. 

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 hingga 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letakdi ruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila menggigit daun beracun, lidah akan membengkak dengans serta merta dan menghalang pernafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini dengan segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dn sekolah-sekolah sebagai hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kepada semua kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalunya kes ini diklasifikasikan sebagai "food poisoning". Keperihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. (sumber dari http://zhetmunirah.blogspot.com)

pokok ni senang amat penjagaannya gemuk tembon pokoknya macam tuan nye gak (^-^)

gulp! macam sama je pokok yang di atas sekali tu ngan pokok yang ros tanam kat umah ni, tapi  bile tengok banyak kali nampak macam lain. Nak musnahkannya?????? terasa macam pokok tu merayu pada ros 'janganlah buang aku bonda ros!!!' sayu plak rasa ati nak memusnahkannya. Pokok ni hubby amik kat tepi tasik tempat ia memancing, kebetulan ia nampak pokok ni dan ia tau yang ros memang suka tanam bunga, lalu ia bawa balik. dan ros plak ngan bangga nye menanam pokok ni dalam pasu dan letak atas almari rak kasut. Nasib baik almari ni tinggi, tak tercapai dek anak2. Tapi jika baca artikel dari laman web yang ros link kan ni ==> killer plant pokok ni tak de la bahaya sangat seperti yang digemburkan

1 KOMEN:

Noor Azian Binti Yaacob said...

k.ros...banyakk tanamm bungerr.... heheh saya tak dan pun nak tanam bunga..tak baper minat sangatt tanam sayur suka lahh..tapii tak tauu lahh kalu dah ada umahh sendiri nantii dtg minat pulakk..hheheh tanam bunga kertas jerr lahh tak bahayoo..hehe

Post a Comment