Sunday, August 15, 2010

kisah ribut di jasin, melaka

assalamualaikum dan salam sejahtera


Jumaat lalu kita digemparkan dengan 3 kes pembuangan bayi dalam masa 24 jam. Kemudian kita digemparkan pula dengan 3 kematian akibat ribut yang melanda di jasin. Kejadian tersebut berlaku di bazar ramadan (persekitaran stadium jasin) kira-kira jam 5 petang.

Untuk pengetahuan u all seme, jam 5 petang tu memang la time ros balik keje. Memang kat kolej da turun hujan punye lebat, guruh berdentum2, kilat menyambar-nyambar. Tapi masa balik dalam pukul 5.15 tu hujan da tak berapa lebat da, hanya hujan sepoi2 bahasa(ada ka ayat gini???bedal je la). Masa ros dalam perjalanan balik tu, kat selekoh kawasan kem askar kat sungai udang tu, bunyi ambulan neng nong neng nong neng nong. Mana la plak datang bunyi ambulannya???? lor rupenya kat belakang jauh nun, ros pon dengan automatik perlahankan kereta dan ketepi sikit untuk bagi laluan ambulan. ada eksiden rupenye, kete vios baru, kaler kelabu da terpusing masuk dalam semak kat sebelah. Ujan lebatkan, drive laju agaknya, apa tak nyer terbabas la tu. Berderau gak darah ros sebab umah ros jauh lagi ni, ros berulang hampir 30km dari umah ke tempat keje, usia kete ros plak da nak masuk 20 tahun(memang da patut jadi tukun da, tapi masih gah lagi bole drive). Ya Allah selamatkan la hamba mu ini dalam perjalanan.

masa ros sampai kat persimpangan 4 kerubong & cheng, masa tu dalam pukul 5.40ptg, nampak awan berarak panjang dengan kilat menyambar-nyambar dan guruh berdentum, sempat gak ros amik video kejap gune handfon, so video nye tak la cantik ngat, ni ros lampirkan kat sini. Minta maaf la ye video ni bising ngan background music 'sinar fm', masa tu da lupe nak slowkan volumenya, kagum ngat dengan awan berarak panjang tu. subhanaallah. Jika u all nak baca artikel dalam newspaper mengenai ribut ni bole klik di sini ==> ribut di jasin


Rupenye awan berarak panjang ni adalah rentetan dari tragedi ribut di jasin. Memang menakutkan jika tengok awan tu secara life. Ya Allah selamatkanla kami semua. Lagi 1km nak sampai umah, hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah sampai jua ros kat umah, tengok anak-anak semua da mandi, tengah menunggu kepulangan ros. Hubby ros bese la tengah tunggu ros nak masak untuk berbuka la.

Ni ros lampirkan juga dari you tube berkenaan tragedi ribut di jasin baru2 ini. Sama2 la kite amik iktibar dari apa yg telah berlaku.Itu hanya peringatan dari allah kepada kita.






2 KOMEN:

farhana said...

wah kasihn mereka yg baru nk brniaga..
apa pn itu sume dugaan drpd Allah

Noor Azian Binti Yaacob said...

Mgkin Allah nak bagi peringatan kepada kita semua kan..lately nihh dah macam2 yang kita dengar hari2 berita buang bayi...n macam2 lahh...takutt rasanyer...

Post a Comment