Thursday, August 19, 2010

delicious cuppy cake YUM! YUM!

assalamualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah kita semua masih diberi peluang oleh allah untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. Apa kene mengena tajuk entry ros arini dengan bulan ramadhan ni ye??? Sebenarnya ari semalam ros buat kelas english di bilik masakan. Untuk memastikan kelas english ni lebih menyeronokkan maka ros pon mencilok idea kawan ros, nisak (http://nissaq.blogspot.com) dengan membuat P&P di bilik masakan untuk bab 'instruction'. Mana tak seronoknya, sambil-sambil belajar, pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan instruction yang telah dipelajari.




ni ros lampirkan video semasa pelajar-pelajar membuat cup cake. Tak de susah beno membuatnya. Senang ngat. Masa deko tu yang paling bes. Ros plak yang lebih2 seronok berbanding pelajar2 ni.



seronok tengok karenah pelajar-pelajar ni mengadun tepung untuk membuat cup cake. macam2 gelagat. Semua nak tunjuk teror. Yang bagusnya semua 'try to speak in english' walaupon tunggang langgang bahasanya. Apa yang penting mereka tetap berusaha. Terima kasih sangat kepada Cik Raja Norhafiza kerana memberi tunjuk ajar kepada kami semua cara-cara untuk membuat cup cake. Tanpa cik fiz, tak siapla cup cake kami. Di bawah ni semua gamba cup cake yang ros hias dengan tangan kurniaan allah pada ros. Memang seronot sungguh mengdeko nye. Sampai tak ingat nak balik. Ros memang suka ngat bab-bab menghias dan mengdeko ni.  Yang  penting mesti ada   kaler  pink   (^-^) hidup kaler pink! pinky pinky pong pong





ni la rupa cup cake yang ros deko sendiri. Da siap deko, sayang plak nak makan nya (^-^) so masa berbuka tu, pandang je dulu, pastu tak saba plak nak merasa nya. Ya allah sedap nyer......bole buat lagi lepas ni

0 KOMEN:

Post a Comment