assalamualaikum dan salam sejahtera
bapok rajinnye ros arini, wat 2 entry dalam 1 ari. tapi pada mana2 individu yg xsuke baca, xyah la baca ek. ros wat blog ni pon semata2 utk memasukkn segala pengalaman indah dan kenangan pahit utk tatapan n tauladan kami sekeluarga. bile da tua nanti bole juga tgk2 blog nih (kalau pjg umo la...insyaallah)
pada 20/12/2010 kite dikejutkan dengan kemalangan ngeri bas dua tingkat di cameron highland-simpang pulai. bas turun dari cameron highland membawa 37 orang penumpang yang terdiri daripada warga thailand. bole baca di sini utk info lebih lanjut, klik sini ==> nahas terburuk. 27 orang maut dan seorang mangsa telah maut pada hari ini, menggenapkan jumlah yang maut kepada 28 orang. sungguh dahsyat dan mengerikan. nauzubillah. bile mendengar berita ini jam 1 petang di radio, menyebabkan hati ini berkira2 utk samada pergi ke cameron atau tidak. segala perancangan telah dibuat, tempahan hotel juga telah dibuat. ada juga rakan2 yang bertanyakan ros samada jadi atau tak pergi CH. ros pon da jadi macam tak sedap ati. ujan plak asik turun membasahi bumi. setelah berbincang ngan hubby ros, kami tetap membuat keputusan utk membawa anak2 ke sana pada 21/12/2010 bersama dengan mak dan ayah ros sekali.
(gambar diambil dari berita harian online)
kami menggunakan jalan baru iaitu raub-sungai koyan-pos betau-cameron highland. alhamdulillah jalannya lurus, sepanjang perjalanan cuaca amat elok. matahari terang menyinari alam menyilaukan pemandangan. dalam kereta ros tak abis2 berdoa agar perjalanan kami selamat pergi dan balik. ros mohon juga agar tidak ujan supaya perjalanan kami dipermudahkan. semasa mendaki ke CH, kereta byk sungguh menuruni bukit, jem jugak nampaknya. alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai di tmpt penginapan. hawa dingin sungguh, menjelang petang, hujan turun, lagi la sejuk. tapi sekejap je. kami tak lepaskan peluang utk pergi ke pasar malam yg dikabarkan menjual brg2 lebih murah dari tempat biasa. memang bes la pasar malam nyer...memang hapenning!!!! suke suke sangat...nak nyer jagung mutiara rebus tu!!!! enak sungguh.
esoknya 22/12/2010, pagi2 lagi kami da keluar dan terus menuju ke tempat menjual sayur2 segar (segar ke??) macam2 karenah penjual dapat lihat dengan karenah pembeli yg pelbagai bangsa. kat sini memang ramai penjual yg rata2 terdiri daripada orang cina. nape la bangsa melayu tak de kat sini??? yg tukang beli rame la melayu. nak kene wat research juga ni...hehehehe...
bonda & babah xlepas peluang amik gambo, abg ekal ntah gi mana masa ni
demoks nye bonda sama macam kektus tu demok gek
like father like daughter
abg ekal lapar tahap gaban
adik mia da boring keletihan, dpt isap jari pon jadi laaaa
jam 2 petang kami menuruni CH utk pulang, alhamdulillah perjalanan kami lancar. dan sempat gek la bergambar. masa menuruni CH, mak oiiiiiii jem gile rame orang nak naik ke atas. sian plak ros tengok bersusun kete tunggu turn nak parking. musim cuti skul la kata kan, orang rame sungguh. masa ni nak tawar 1 sen pon jangan arap la. harga penginapan plak memang melambung2 juga. nasib la badan nak wat guane, da nak pegi masa cuti skul kan. masa bile gi nak pegi.
ok la anak2 ku, sampai sini je coretan bonda utk kali ini....bertemu lagi utk entry yang lain. salam.
2 KOMEN:
bestnyee cuti2 malaysiaaaaaa .. suke baca blog kak ros.. bila time2 takde keje nie..
banyaknye maklumat kak ros...syok ler baca..
Post a Comment