Sunday, January 2, 2011

10 sifat suami yang baik

assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat tahun baru kepada anda yang setia mengunjungi blog ros. moga di tahun ini kehidupan kita mendapat lebih keberkatan dari tahun yang sebelumnya. Dengan azam baru dan cita2 baru, moga apa yang dihajati dapat dilaksanakan dengan sempurna. insyaallah. jangan sekadar azam tetapi hanya tinggal pada nama sahaja. cuba la kite yakinkan diri yang kita boleh buat.
okla ros pon tak mau membebel panjang2 kang ada yang cemouih plak. baik terus straight to the point sebab ada yang da tak sabar2 gi nak baca 10 sifat suami yang baik. ye lah, nak tengok samada terkene tak dengan suami @ tunangnya sekarang ini.


ok ibu-ibu, bapak-bapak, adik2, abang2 sekalian, bacakan lis di bawah ini ya. artikel ini ros dapatkan dari blog Encik Wan Mohd terima kasih pada encik wan. bukan wan ahmad ramzi ek. tu pegawai multimedia kat tempat keje ros (^-^) ok ok sila2 baca :
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Amacam kono ko tak kono dengan sifat suami @ tunang anda? (^-^) jgn plak bile suami @ tunang anda tidak mempunyai satu pon sifat yg tertera di atas dengan automatik anda pon meng'clash'kn mereka. jahat tul la u all ni!!! tak baik tau. seme yang tertera di atas hanya sebagai rujukan. setiap manusia mempunyai sikap dan perwatakan yang berbeza2. hanya kita sendiri yang dapat mengubah sikap diri kita kepada yang lebih baik. jangan la kita hidup hanya berpura2 menjadi baik semata2 ingin memikat hati sidia.  bagi kaum hawa plak, jgn la menaruh harapan yang tinggi bahawa suami @ tunang anda boleh berubah 100% sekaligus. bagila ia masa, perubahan sikap itu tidak boleh secara drastik, tetapi perubahan itu datang secara perlahan2 dengan kerelaan hati niat kerana ALLAH. insyaallah.

0 KOMEN:

Post a Comment