Wednesday, January 5, 2011

hari pertama cekolah abg ekal

assalamualaikum dan salam sejahtera

ape kabar kengkawan. arap seme sihat sejahtera ye. kene jaga kesihatan sekarang ni mcm2 penyakit ada. anak2 ros 3-3 orang kene cirit-birit, muntah2 dan demam. alhamdulillah tidak berlarutan. pelbagai jenis ubat gi belikan semata2 nak bagi anak2 elok cepat. klinik dan hospital seme da terjah, alhamdulillah sekarang seme da sihat seperti biasa. pantang kebah, lari terus kayuh basikal. tu la kanak2. usah kan kanak2, mak kanak2 ni pon 2x5 (^-^)

3/1/2011 baru ni merupakan sesi persekolahan pertama bagi anak sulong ku, mohd danial haikal. sekolah tadika, umo baru 5 tahun. ye la zaman sekarang ni kan, persaingan tinggi, budak2 umo 3 tahun da di hantar ke sekolah utk belaja. nak arap mak ayah yg aja di umah, kim salam la. sampai umah pon da pukul berapa, sibuk cakne anak2 mandi, kemas umah, mak ayah da tido awal sbb dek keletihan, then da tak sempat nak ngajo anak2.


hari pertama, ros tunggu sampai abis kelas ia pukul 12 tghari. esoknye ros hantar lagi bersama ngan adiknya damia. nak dijadikan cerita, ros konon2nya pura2 kua la kejap, alih2 abg haikal nangis bagai nak rak, melolong2. ros wat tak tau je, tapi dalam hati sebak tengok anak menangis cam gitu. tapi nak wat camana, mmg kene ajar mcm tu if tak sampai bile dok ros nak nunggu. if cuti bole la. cikgu pon bosan dok tengok muke ros tercongok memantau anak.

abg ekal nangis siap soh cikgu ia telefon ros supaya amik ia bawa balik. ia bagitau cikgu ia, ia nak balik tido kejap. bertuah tul anak ros ni. masa ros ada dok tercongok situ, masa cikgu mengajar, ia langsung tak nak cakap ape2, siap bole bgtau kat cikgu tu, ia tak mau cakap. alih2 bile ros tinggalkan ia, bole plak ia berceloteh sambil nangis teresak2. bertuah sungguh!

ni la pic abg ekal masa 1st day school. bia masa da besar nanti ia tengok. tak malu abg ekal ni nangis melolong2. alhamdulillah arini ia suka nak gi sekolah. babah yg gi anto sebab arini bonda gi keje. da tak nangis da. malah suke ngat nak gi sekolah. syukur



abg ekal belaja mewarna, tu kawan2 ia seme umo 5 tahun sama ngan ia



pandai plak ia wat tembak2, orang lain main sama2 tapi ia main sorang2, lom pandai berkawan masa ari pertama ni

0 KOMEN:

Post a Comment