assalamualaikum dan salam sejahtera semua
u all penah tengok ibu2 hamil ketawa berdekah2? kita yg memandang, tentu geleng kepala, tapi tahukah anda bahawa gelak tawa seorang ibu hamil ini mampu menyihatkan janin yang dikandung! ros terpanggil nak lampirkan artikel (mingguan wanita 2006) ni sbb rame rakan2 kat tmpt keje ros yg peknen skg ni, lebih2 lagi rame juga yg naik pelamin, tak lama gi mesti la bertambah umat nabi muhammad saw. kene plak skg ni musim ujan turun mencurah2 (^____^)
ketawa mempunyai sejuta manfaatnya, antaranya ketika ketawa, kita akan bernafas dgn kuat. perkara ini akan melatih otot-otot jantung serta melancarkan perjalanan darah. perjalanan darah yang lancar akan mempercepatkan aliran oksigen dan nutrisi menuju ke janin. hasilnya ibu akan sihat dan janin pun turut sihat krn kemasukan oksigen dan nutrisi yang diperlukan diperoleh oleh bayi dengan lancar.
ketawa jg bermanfaat bagi meningkatkan sistem kekebalan tubuh atau antibodi. ini kerana semasa ketawa, sel-sel T yang berfungsi melawan penyakit dihasilkan oleh tubuh. cara demikian tubuh si ibu akan terlindung dari penyakit kerana kekebalan sistem tubuh meningkat. sementara itu si janin tentu akan mendapat jumlah antibodi yang cukup. perlu diingat bayi yg baru lahir belum mhasilkan antibodinya sendiri dan hanya nmdapatkannya melalui ibunya. jika jumlah antibodi mencukupi, tentu saja bayi yg bakal dilahirkan sihat dan jangkitan dapat dielakkan.
ketawa juga dikatakan akan membuat paru-paru ibu hamil menjadi bersih. sebabnya ketika ibu hamil ketawa, akan berlakulah penggantian udara di mana uadara yang ada di dalam paru-paru akan digantikan dengan uadara segar. selain itu darah juga menjadi kaya dengan oksigen dan alat pernafasan menjadi lebih bersih. ini kerana ketawa akan melatih otot pernafasan, paru-paru, jantung, perut serta mampu mengusir zat asing dari saluran pernafasan. di samping itu fakta lain buat wanita, ketawa boleh membuatkan wajah anda kelihatan awet muda. ibarat melakukan senaman wajah. selain itu jika anda ketawa, orang di sekeliling anda juga turut sama bahagia melihat anda.
manfaat ibu hamil juga tidak setakat kesihatan fizikal, ia juga turut baik untuk kesihatan emosi ibu hamil. ketawa dikatakan akan menghalang pengeluaran hormon kortisol, iaitu hormon yang bertanggungjawab atas kehadiran stress. hormon kortisol ini boleh menghalang aliran darah ke plasenta sehingga bayi tidak menerima nutrisi dan oksigen. akibatnya bayi tidak dapat membesar dengan optimum.
selain itu ketawa juga boleh mengeluarkan hormon endorphin iaitu zat yang mampu membunuh rasa sakit serta mempengaruhi kecergasan emosi. ia akan menghilangkan perasaan-perasaan negatif seperti cemas, sedih dan bingung yang selalu dialami oleh wanita ketika hamil.
mengapa wanita hamil diminta agar jangan berasa stress? dalam jangka pendek tahap stress yang tinggi akan mengakibatkan keletihan, kesukaran untuk tidur, kurang nafsu makan, sakit kepala mahupun sakit belakang. sekiranya stress ini berlangsung lama, akan memberi kesan buruk pula pada kesihatan. antaranya ibu hamil mungkin akan mudah mengalami jangkitan, mengalami tekanan darah tinggi dan gangguan pada jantung. lebih buruk lagi stress juga akibat buruk pada janin. banyak kajian yang dilakukan mendapati wanita yang lahir dari ibu yang mengalami kadar stress yang tinggi berisiko melahirkan bayi yang pramatang dan lahir dari berat badan yang rendah.
perkara ini berlaku kerana hormon penyebab stres (kortisol) akan menghalang aliran darah ke plasenta hingga bayi tidak menerima nutrisi dan oksigen bagi perkembangan yang optimum. selain itu kajian yang dilakukan oleh university los angeles school of medicine pada tahun 1999 mendapati wanita yang stress di usia kehamilan 18 hingga 20 minggu mempunyai hormon CRH (corticotrophin releasing hormone) di dalam darah mereka. tingginya CRH terbukti berkait rapat dengan risiko lahir bayi pramatang. hormon yang dihasilkan oleh otak dan plasenta ini akan menyebabkan tubuh melepaskan zat kimia yang disebut prostaglandin. zat ini menyebabkab kontraksi rahim sehingga menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang.
tapi lps baca artikel ni jgn pula ada ibu2 hamil yg sengaja ketawa berdekah2 sampai lupa daratan. kita manusia hanya merancang. semua ketentuan adalah dariNYA. kang sengih sorang2, lain pula jadinya (^_____^)
3 KOMEN:
patotlah kak ros asik ketawa aje kite tgk kebelakangan ini...
kentot betul nissaq ni!!!! korang seme tak de ingat lain, asik ingat kros peknen sokmo...rezeki allah tu
he3, orang kata emosi mak bleh turun ke anak...
Entry terbaru 11 Tanda Korang Nie Kena Penyakit Computerholic... (",)
Post a Comment