Sunday, April 17, 2011

isteri cerdik & b'strategi permudahkan urusan suami

assalamualaikum dan salam sejahtera

buat renungan utk diri...sahabat2 muslimat dan juga muslimin......

petikan ini ros dapat dari seorang rakan yg telah mengemelknnya pada tahun 2004, sama2 la kita mengambil panduan dan teladan.


islam adalah agama bagi orang yang cerdik. org cerdik akan memilih sesuatu yg dpt menyelamatkan dirinya. bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai dan bahagia di dunia lebih2di akhirat. sebab itu org yg cerdik akan memilih sesuatu yg tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. itulah sebabnya org cerdik memilih akhirat daripada dunia.

islam mahukan wanita2nya juga cerdik dan berstrategi. cerdik adalah penting. terutamanya isteri para pejuang. isteri yg cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, pada tempatnya. sifat yg cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak2. ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. isteri yg begini mampu utk hidup dalam berbagai keadaan. ia pandai menyesuaikan diri. suami akan menjadi dungu kalau isteri yg tidak cerdik yg hanya berfikir tentang dirinya, perasaannya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

pejuang ertinya org yg hidup berjuang. bila berjuang ertinya berkorban, dan setiap yg berkorban mesti terkorban. sedikit sebanyak isteri2 pejuang adalah org yg merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan allah. bukan senang utk menjadi isteri seorang pejuang. terpaksa mengorbankan segala2nya demi menegakkan islam di muka bumi ini. tentulah sakit perit tapi itulah nilai dirinya di sisi allah.

sebab itulah rasullullah memilih isteri2nya dr kalangan cendiakawan (cerdik pandai). bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, rajin di samping cantik dan pemalu. perempuan mesti ada sikap pemalu, sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian daripada iman. pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri rasullullah SAW. kesemua isteri baginda 11 orang kekal dan terkenal dalam sejarah disebut2. yg cerdik di antara mereka, bijak pula dan selalu disebut2 oleh rasullullah SAW ialah saiyiditina aisya r.ha. saiyiditina aishah r.ha wanita mulia ini diberi kelebihan oleh rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

kadangkala wanita2 akhir zaman ini memiliki sifat2 pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan utk melawan kata2 suaminya dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. ada juga wanita2 cergas, tangkas, bijak dan rajin di hadapan bos bersama kaum lelaki turun naik bas utk ke tempat kerja. menghadiri majlis sosial, lincah berkawan di disko, kelab2 malam dan sebagainya. ini bukan wanita cerdik.

wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum2 syariat. kalau terlanjur, ia cepat2 memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja utk suami hatta perasaannya sendiri semata2 ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami bererti pahala buat dirinya. sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. wanita cerdik berjiwa merdeka. hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. itulah tabiat wanita cerdik yang berstrategi dalam menghadapi hidup



isteri2 rasullullah yg cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ke tangan rasullullah. saidiyitina aisyah sebelum berkahwin dengan rasullullah SAW pernah bertunang dengan org lain. ummu salmah (kedua cerdik) pernah menjadi isteri kepada abu salamah. zainab r.a sebelum dikahwini rasullullah merupakan isteri kepada anak angkat baginda, zaid bin harisah. begitulah dengan yg lain2nya ada yg pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan rasullullah. setelah dinilai dan diamati barulah rasullullah kekalkan sebagai isteri.

juwairiyah r.ha seorang tawanan perang. sebelum dijadikan isteri rasullullah sudah terserlah kecerdikkannya. biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku tetapi tidak pada juwairiyah. sebaliknya ia sanggup berjumpa dengan rasullullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. orang yg berjiwa tenang sahaja yg dpt membuat begitu di saat org lain gawat. inilah wanita yg rasullullah mahu dan diperisterikan. bukanoanik dan takut kerana seekor lipas.

begitulah nilaian rasullullah dlm memilih calon isteri. bukan seperti kita hari ini. pilih calon kerana kelulusan universiti. kononnya bijak boleh melahirkan anak  yg pintar. tapi kebanyakan yg berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak2 mereka. itu pon ibu ayah tidak sedar krn dikaburi dgn wang yg dihulurkan setiap bulan.


ada yg menganggap isteri yg cerdik itu isteri yg up to date yg berpakaian ikut trend, make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. boleh ikut suami dalam apa jua sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan2 suami. itu yg diharapnya dijadikan isteri. hanya suami yg dayus sahaj yg sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan2nya. lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata allah. itu pon kita masih tidak sedar. masih khayal dengan dunia yg bersifat sementara.


cuba kita lihat apa pentingnya rasullullah memilih wanita2 cerdik sebagai isteri? pada sesetengah lelak. ia menilai cantiknya semata2. pada pemimpin ummah spt rasullullah, sgt memerlukan isteri yg cerdik dengan kecerdikannya dpt membantu baginda dan perjuangan islam. perempuan cerdik dpt membantu suami disudut ia mampu semata2 membangunkan islam. ia senang diajak bertkar2 fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dpt pula melayan suami dgn baik, dpt menerima buah fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. sanggup berhdpn dgn bermacam2 golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dpt membela islam bila dipertikaikan dan lain2 lagi.


kalau cantik semata2 tanpa cerdik dan berstrategi, suami akan cepat jemu. suami pulang semata2 utk berehat dab bersenang2 dgn isteri dan anak2. slps itu dia akan diam mbisu. perasaan jemu tinggal di rumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di rumah. apatah lagi kalau isteri di samping itu tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagi lah suami jemu. utk berhadapan dengan suami, perlu juga susun strategi. perlu faham dan kehendak. perlu faham mood suami. bila ia suka dilayan, bila ia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal2 tertentu dgn isteri. isteri bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta


hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. kalau tidak cerdik, barang yg mahal jadi tak sedap. isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya biarpon hanya murah tapi diadun dan direka menjadi masakan yg lazat. jgn terjadi suami lebih gemar makan di luar dari makan masakan isteri sendiri. isteri yg terlalu lurus jg tidak dapat memberi hiburan pada suami. isteri yg terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya utk menilai atau memberi pandangan pd suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pd suami atau melawan kata suami.


ummu salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka2. pernah berlaku selepas hijrah rasullullah ke madinah, rasullullah dan para sahabat rindu utk mengerjakan haji di mekah. perjanjian hubaidah pon termenterai. tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah. atas kebijaksanaan   rarullullah umat islam patuh juga pd perjanjian itu krn dlm jangka oanjang perjanjian itu menguntungkan org islam. ini semua tidak disedari oleh pihak quraisy Makkah. para sahabat sudah dalam keadaan terpinga2 ketika dilarang masuk ke makkah. maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.


pihak Quraisy mbenarkan mengerjakan haji pd tahun berikutnya. sdgkn mereka terlalu rindu  baitullah hinggakan rasullullah menyuruh sahabat2 mencukur rambut dan menyembelih binantang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat demikian. ummu salmah mberi fikiran agar rasullullah SAW dulu memulakannya. akhirnya sahabat mengikut dan sedar akan perintah rasullullah.


itulah pentingnya isteri cerdik yg sentiasa mengingatkan suaminya. dpt menyelesaikan masalah suaminya. dengan kemampuan yg ada pd isteri cerdik, byk perkara boleh diselesaikan. bukan shj mslh suami bahkan jg mslh msyrkt. dia boleh mengajar, mendidik, memberi pandangan, nasihat, merawat dan lain2 lagi sebagai isteri yg serba boleh setakat kemampuannya.


bagaimana utk didik diri agar jadi isteri cerdik dan berstrategi? isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut kesukaan suami. isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan utk suami. korbankan segala2nya utk suami kerana alla suruh kita taat kpd suami. kita kahwin dulu pon dgn harapan suami sbg pembimbing. jd tidak patutlah suami kita buat mcm kawan, layan lebih kurang. ini bukan isteri cerdik. isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. sdg kn dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. ini sudah lari dari tugas sebagai isteri. oleh itu jadilah isteri yg cerdik dan berstrategi dlm menangani perjuangan suami di luar rumah.


ros mohon maaf andai petikan ini membuatkan mana2 pihak terasa hati, ros tak berniat utk menyinggung mana2 pihak. petikan ini hanya utk renungan dan panduan kepada mana2 insan khususnya isteri yang ingin mendapat keredhaan dari suaminya. insyaallah.

0 KOMEN:

Post a Comment