assalamualaikum dan salam sejahtera semua
da 2 bulan ros tak update blog...tiap hari memang da jadi kewajiban mengunjungi blog sendiri tetapi tak de masa nak update. moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya. ok we go straight to the point. kita manusia ni seringkali membuat sesuatu hanya semata2 untuk menjaga pandangan orang lain. apa yg ros maksudkan ni????? contohnya apabila kita nak ke mana2, apa yang selalu kita buat?
==> cuci muka
(naknya yang pompuan la)
==> sikat rambut
(ada gek yang lelaki tu keluar umah lupa sikat rambut)
==> bubuh maskara cket kat bulu mata
(ni pompuan ala2 artis, urban woman, kalu yang lagi canggih, siap pasang bulu mata palsu)
==> gincu mesti tenyeh cket
(walau pon sekadar nak menyapu depan umah)
==> bedak baby johnson @ bedak2 yang seangkatannya ditabur memenuhi muka
(bagi nampak gebu, xla kusam je)
==> tengok gigi
(kot kot ada terselit taik gigi, kang org gelak, kita pon pakat gelak, rupenye org gelak tgk cili terselit kat gigi kite)
dan macam2 lagi la, yang tak termampu ros nak senarai kan. mcm ros setakat nak kua menyapu dpn umah, amik tudung je, tak de la nak wat smpai yg mcm tu, tapi bila nak kua jalan2 memang tahap gaban la dok menenyeh (^_^) sampai hubby panggil '.........bila nak siap tu??? enjin kete da panas' so menggelabahla turun, bebenonye bukan wat ape pon tapi suke membelek jerawat2 yang ada di muka nih (^_^)
apa kaitan dengan tajuk entry di atas? kita sentiasa ingin menjaga penampilan diri kita semata2 ingin memastikan diri kita sentiasa cantik di hadapan umum. kita sentiasa ingin memastikan yang kita ini bersih, wangi, cantik, anggun bergaya dari pandangan mata orang lain. dalam erti kata lain kita sentiasa ingin menampilkan yang terbaik di hadapan mata orang lain.
==> waaahhhhh cantiknya baju yang kau pakai arini
==> cantiknya tudung kau...kau beli kat mana ni?
==> bro! hensem la kau arini
apa perasaan u all bile dipuji sebegini? secara tak langsung mesti u all mula2 tersipu2 malu (walhal dlm hati kembang semangkuk, sampai ucapan terima kasih terhadap pujian tu pon terlupa nak diucapkan). ini la kita manusia taksub menjaga penampilan semata2 utk pandangan mata orang lain, TETAPI KITA LUPA UTK MENJAGA PENAMPILAN DAN PERILAKU KITA DARI KACA MATA DAN PANDANGAN ALLAH.
ros sendiri juga tak terkecuali dengan fenomena ini. ros ni nama je 'bonda kpd 3 orang anak' tapi perilaku macam kanak2 bawah umur. astaigfirullahala'zim, ya allah ampunkan dosa ku. sambil2 u all baca entry ros arini, marilah kita sama2 mengubah rutin harian kita dengan menjaga penampilan dan perilaku untuk padangan yang MAHA ESA.
tidak salah utk kita kelihatan cantik, bersih dan wangi tapi berniatlah kerana ALLAH. bila ingin bersolat, sama2 la kita berwangian2 dan bersih serta cantik seperti kita ingin ber'dating'. sentiasa memakai telekung yang bersih, cantik(jgn keterlaluan hingga mengundang riak plak, naknye bile solat berjemaah kat masjid). begitu juga dgn yang lelaki, nak jumpa kekasih hati(marka), sanggup beli seluar dan baju baru tetapi bila nak solat, pakai kain pelekat, tak pakai baju (^_^)
Rasullullah saw bersabda bermaksud:
"sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih." (Riwayat al Bazzar).
madah ros : biarlah muka kita penuh jerawat asalkan hati kita tak berjerawat dan bernanah penuh dengan busuk hati, buruk prasangka, hasad dengki, khianat, berfikiran negatif dan bongkak (^_^)
0 KOMEN:
Post a Comment