asssalamualaikum dan salam sejahtera
alhamdulillah dan syukur dengan nikmat yang allah berikan kepada kita. mungkin ada di antara kita yang bangun pagi, mata tak bole nak buka, kaki tak bole nak angkat atau tangan jadi kejang. kita bsyukur apabila bangun pagi, dapat melihat alam ini dan diberikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk bernafas.
madah ros : bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh allah kepada kita selama ini. kita tidak ketahui sempat atau tidak, kita menikmati hari esok
ada tak yang bangun je dari tidur terus letak ear phone kat tinge, bg me'release'kn tensen??? (^_^)
walaupon kita ni tak buat solat2 sunat, kadang2 tertinggal solat yg wajib, tapi allah tetap berikan bekalan oksigen dan dimurahkan juga rezeki. tidakkah kita malu dengan allah???? allah tetap memberi walau kita tidak mentaati segala perintahNYA. PATUTKAH kita buat begini???? tidak menghargai pemberian PEMILIK barang tersebut. sebagai contoh jika seseorang memberi hadiah kepada kita, adakah patut kita biarkan sahaja barang tersebut, langsung tidak dihargai dengan baik walau barang tersebut murah harganya???
kita sering kali mengungkapkan perkataan 'tak patut' dan 'sepatutnya'. semua yang ada nampak depan mata kita, kita rasa tidak sempurna, kita rasa tak patut, kita mula nak menyalahkan orang lain. tanpa kita sedar bahawa semua yang berlaku adalah dari kehendakNYA. di hati kita mula berkata 'tak patut si polan ni buat macam ni, patut nya si polan ni wat mcm tu'. ada sahaja yang tak kene.
tapi kita tak pernah terpikir adakah patut allah memberikan pelbagai nikmat di dunia ini sedangkan kita tak pernah bersyukur dan menghargainya. adakah patut allah membekalkan oksigen pada kita sedangkan kita sering melakukan larangannya? cuba anda bayangkan, pagi2 bangun dari tidur tiba2 dengar pintu rumah diketuk, rupanya malaikat jibril datang bagi notis 'cik, bekalan oksigen cik akan dipotong dalam masa 24 jam jika cik tak tunaikan solat tahajud malam nanti'. haaaaaaaa....tak ke gabra jadinya bila malaikat dtg nak potong bekalan oksigen jika kita tak buat solat tahajud atau solat sunat yang sewaktu dengan nya????

kita sering berkata patut dan tak patut kepada orang lain, tetapi kita sendiri tak pernah menghargai segala nikmat yg allah kurniakan kepada kita. asik2 kita ingin menyalahkan dan mencari salah org lain. semua yg ada di sekeliling kita, kita rasakan ada saja yang serba tidak kena. bila pandang orang lain, kita rasakan mereka lebih bertuah. kita merasakan dunia ini tidak adil. tetapi sedarkah kita bahawa apa yg terlintas di hati itu, allah maha mendengar. tidakkah kita takut akan balasanNYA?
madah ros : bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh allah kepada kita selama ini. kita tidak ketahui sempat atau tidak, kita menikmati hari esok
0 KOMEN:
Post a Comment