bismillahirohmanirrohim
assalamualaikum dan salam sejahtera
aaacccuhhhh!!!! terbersin masuk blog ni...berabuk sebab da lama x update. penuh sawang. alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA arini tangan ros mrayap2 d keyboard upload gambar kakak damia 1st day schoool.
"kakak damia jangan lupa baca bismisllah setiap kali nak lakukan apa-apa menda pon. kena sentiasa ingat ALLAH tau! ingat pesan bonda. kakak jangan takut gi sekolah sebab ALLAH sentiasa ada dengan kita. Kakak anak solehah mesti rajin belajar dan mesti ingat kita hidup sentiasa ingin menggembirakan ALLAH." tiba2 kakak damia tanya "bonda....ALLAH diperbuat dari apa???" gulp!!!! tertelan ayaq liuq kejap. "kakak....kakak rasa tak angin bertiup??? sejuk kan??? tapi kakak nampak tak macamana rupe ngain?" kakak terus jawab "angin kaler warna putih...bukan bukan...kelabu" alamak!!! apa ros nak jawab ni. "mana ada angin warna kelabu atau putih, tengok pensil kakak tu, ada bentuk kan? kakak dok belek2 pensil nya. ros tanye lagi "angin ada bentuk?" kakak geleng kepala. ros terus jawab "macam tu juga ALLAH, kita mesti anggap ALLAH dekat dengan kita, ada bersama kita tapi kita tak nampak ALLAH. macam angin tadi, kita rasa sejuk tapi kita tak nampak angin tu"
puas juga nak menerangkan pada kakak damia ni. tapi nampak macam dia faham. ros terpakse cerita yang real dengan anak2 ros ni. tapi kene cerita dengan detail. anak2 zaman sekarang ni seme hebat belaka. thinking out of the box. mesti u all ibu dan bapa menghadapi situasi sama macam ros.
habit kakak damia ni, balik sekolah ari jumaat, terus susun buku untuk kelas ari isnin depan nye. subhanaAllah!!! pro aktif sungguh. kelaka menengoknya susun buku sungguh2 ikut jadual.
semoga zuriat keturunanku menjadi hamba yang soleh dan solehah. jauhkan mereka dari azab siksaan api neraka dan godaan syaitan. permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat. cemerlang d dunia dan akhirat serta menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan bertakwa. permudahkan mereka untuk menghafal kalam Mu ya ALLAH dan mencintai kekasihMu, buah hati kami Nabi Muhammad SAW. ya ALLAH Engkau tabahkan hatiku dalam mendidik dan membimbing amanahmu ini ke jalan yang diredhai oleh Mu ya ALLAH. semoga kami dapat bertemu dan melihat wajah Mu ya ALLAH dan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. amin.
sama2 lah kite semua sebagai ibu bapa membacakan surah al fatihah setiap kali lepas solat untuk anak2 kita agar zuriat kita mempunyai akhlak yang terpuji dan dijauhi dari musibah dan malapetaka.
0 KOMEN:
Post a Comment