Thursday, April 3, 2014

tat cheese blueberry yang sedap dan gebu

assalamualaikum dan salam sejahtera

moga anda semua sihat sejahtera di samping ahli keluarga dan bahagia sokmo deh.....
malam selasa lepas tiba2 je incik asben minta ros buatkan tat cheese....mentang2 la sabtu lalu try makan tat cheese (first time buat sabtu lalu) dan ni minta lagikkkkkk.....penat sebeno nye pulang dari keje tapi mengenangkan ganjaran pahala yang akan ALLAH beri, baik ros rebut peluang ni. mudah2an mendapat keberkatan dariNYA.

seperti kata ustazah norhafizah kite ni sebagai isteri amat mudah nak dapat pahala sebenarnya. dengan memasak di dapur paling mudah mendapat pahala dari ALLAH asalkan niat tidak lari hanya kerana ALLAH. tibe2 je jadi semangat nak wat cheese tat walau pon badan rasa penat. disebabkan tak pegi jogging petang selasa tu so ros gi ke dapur tengok bahan2 seme ada, so terus wat tat cheese blueberry...ari sabtu lepas wat yg perisa coklat...memang sedap!!!!

resepi asal adalah dari blog atiqah .resepi adalah seperti di bawah. tapi seperti biasa ros ni suke je ubah ikut suka ati mak nenek dia. tapi apa yang penting...tetap jadi dan sedap...tq ALLAH, kredit untuk atiqah.

Resepi tart shell
bahan-bahan:
190 gm marjerin Planta (ros gune butter, lagi lembut dan rangup)
50 gm gula kastor
290 gm tepung gandum
1 biji telur gred C(ros gune gred B tapi kene buang sikit telur putih nye bagi mengelakkan shell tu keras dan merekah)

cara penyediaan:
1.pukul marjerin dan gula sehingga sebati. tak perlu guna mixer, pukul guna tangan sahaja. jangan sampai marjerin lembik dan berminyak, pukul/putar/kacau sehingga marjerin dan gula sebati sahaja.
2. masukkan telur. juga kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.
4. simpan doh di dalam peti sejuk sehingga 30 minit.
5. bulatkan kecil-kecil, masukkan ke dalam acuan tart dan tekan di dalam acuan tart.
6. cucuk doh di dalam acuan tart dengan garfu.
7. bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah sahaja, sehingga ianya menjadi kekuningan. anggaran, dalam 15 minit.

 doh yang telah dipenyek2 dalam acuan tat

 ini lah rupenye dalam saiz gambo yang lebih beso

 bila da bako tat shell tu tadi, disejukkan dan letakkan inti blueberry dalamnya

Resepi filling cream cheese. 

bahan-bahan:
250 cream cheese (selalu ros guna brand Tatura je) - keluarkan cream cheese 20-30minit dari peti sejuk sebelum digunakan, jangan biarkan cheese mencapai suhu bilik.
1 biji telur gred B
60 gm gula ising sedikit filling blueberry yang diisi di dalam piping bag (ros beli kat kedai AMIPLUS, bukit beruang, Melaka memang sedap filling nye, tak masam, tak manis sangat, sedap2 gitu)

cara penyediaan:
1. putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. masukkan telur dan putar sehingga sebati.
3. picit sedikit blueberry filling di dalam tart shell yang telah siap dibakar. 
4. isikan tart shell dengan cream cheese filling.
5. corakkan tart menggunakan blueberry filling.
6. bakar menggunakan suhu 160C, api atas dan bawah dalam masa 2-5minit. untuk mengetahui cream cheese filling tu dah masak, cuba sentuh dengan hujung jari. jika masih melekat, ianya masih tak masak. jangan bakar terlalu lama kerana cheese akan merekah dan kenyal.

 lepas tu letakkan cheese di atas nya, lorekkan blueberry tadi atas cheese tersebut

 cheese tat yang da siap 

 yang ni tat cheese coklat b4 dibako

selepas dibako begini rupenye. masa ni tak pandai gi sebab first time buat. cheese letak sikit sangat

** utk filling coklat ros hanye gune kan coklat bar masakan (yang coklat gelap tu), just sentiasa panaskan secara water boil then masukkan dalam piping beg. hati2, coklat tu panas sikit. jgn memandai terus nak treeetttt nanti melepuh tangan tu

**minta ampon ye laili...menyebabkan diet mu telah lari...badan da kecik pon tetap nak diet...aparaaaaa

0 KOMEN:

Post a Comment