Friday, April 4, 2014

karipap oh karipap

asssalamualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara bekalan Allah yang free seumur hidup.Pagi ni incik asben da janji untuk beli kan nasi lemak je untuk breakfast. jika tidak tiap2 pagi ros kene siapkan breakfast untuk anak2 dan asben. ros dan asben memang tak suka anak2 beli makanan di kantin sekolah mereka. tapi asben still bagi duit juga, takut juga tibe2 anak2 ni nampak orang lain membeli, dia teringin nak membeli juga. sian plak nanti anak2 ros dok memandang je orang lain membeli. tapi ros da nasihat awal2 supaya dorang tidak membeli air minuman sejuk atau yang berais. maklumla sekarang ni musim demam. cuaca plak tidak menentu.

arini ros tidak siapkan ape2 sarapan, cume incik asben, ros gorengkan karipap yang ros telah buat ahad lalu. anak2 tidak berapa suka sgt bawa ke sekolah. jika makan pon, 1 biji je. yang manje plak dok kerik kan kelim karipap tu je(sebab garing kan). so arini incik asben bagi 50 sen je pada anak2 ros untuk gi sekolah. lagi pon hari ini hari jumaat, balik awal. tak perlu bagi banyak duit. nasi lemak pon da dibekalkan. dialog abang haikal dengan babahnya pagi tadi :-

babah : arini tak payah bawa duit la ye gi sekolah
abang haikal : alaaaaa......abang nak duit
babah : kan bonda da letak nasi lemak dalam bekal abang
abang haikal : (muka da cebik macam nak nangis) 
babah : ok la babah bagi 50 sen je ye
abang haikal : ok bole.....tapi 50sen tu, babah bagi 2 keping ye
babah & bonda : saling berpandangan ????? bertuah punya anak.....

ok abis da menceceh....kite tgk resepi buat karipap, ros folo resepi dari blog ros (kebetulan nama sama plak). tq ye ros

RESEPI KULIT KARIPAP:
500g Tepung Gandum
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi (boleh abaikan, jika xde)
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin
¼ cwn Minyak (panaskan)
Sedikit Air (ros guna air suhu bilik + dengan ais dalam 5 @ 6 ketul)

CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
2. Bahagi doh kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak sehingga garing.

Nota: Selepas doh diuli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

RESEPI INTI KARIPAP
1 biji keledek saiz besar (jika boleh yg kaler ungu tu, mmg lemak manis)
4 atau 5 biji kentang
½  genggam ikan bilis * (boleh ganti dengan daging atau isi ayam - ikut sedap nak banyak mana)
2 sudu besar udang kering * (jika bubuh ayam, tak perlu bubuh udang kering)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar (boleh tambah ikut kepedasan yang dikehendaki)
garam

** JIKA KITA NAK IKUT SUNNAH - JANGAN CAMPURKAN MAKANAN LAUT DAN DARAT YE

CARA-CARA
1. Potong dadu keledek dan kentang dan rendam dalam air (kentang direbus dahulu dalam 10 minit, untuk mempercepatkan proses kite masak yang seterusnya, setelah direbus, toskan)
2. Jika guna udang kering dan bilis, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati(masukkan ayam/daging jika guna ayam/daging)
5. Akhir sekali masukkan keledek dan kentang yang direbus tadi dan ½ cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek/kentang empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

 incik asben suke kulit karipap yang nipis2. incik asben yang uli dan bubuh inti. ros tukang buat inti dan klim kn karipap tu...bapok besor hok satu tu...khas untuk incik asben....dia yang buat sendiri
incik asben suke yang garing2 pabila digoreng

0 KOMEN:

Post a Comment