Monday, December 27, 2010

kecurian bermaharajalela

assalamualaikum dan salam sejahtera semua


arini ros hanya nak berkongsi cerita tentang kes kecurian yang berlaku di tempat kerja ros. dalam masa sebulan berlaku 2 kes kecurian yang melibatkan pencuri yang sama (waallahualam, ni pon ros dengar org yg cerite). malang lagi bila CCTV di tempat kejadian rosak dan tak berfungsi dengan baik.


kes yang pertama kejadian berlaku di makmal komputer ketika semua pensyarah sibuk dengan kelas masing-masing, seorang pensyarah telah kehilangan lappy, purse dan hanfon. Bila tengok cctv, kelihatan seorang lelaki yg memakai jaket  keluar dari makmal tersebut. kami satu kolej bersimpati dengan nasib pensyarah tersebut.

kes yang kedua berlaku ketika kami semua tengah sibuk dengan sukan kolej komuniti yang berlangsung di sekitar negeri melaka. antaranya di UTEM, Kolej komuniti bkit beruang, pusat belia dan ada lagi la yg ros sendiri da lupa da. pada ketika ini la peluang pemcuri memasuki kolej kami dan mencuri hand beg seorang pensyarah di dalam unit peperiksaan. CCTV kat unit pepreriksaan plak kebetulan da rosak. yang lawaknya selepas pencuri mencuri handbeg tersebut ia beralih plak ke UTEM. CCTV d utem dapat merakam dengan jelas pencuri tersebut. bukan main bijak lagi pencuri tu, macam ada orang dalam je yang bgtau kitorg ni tgh sibuk ngan sukan kat UTEM. ntahlah waallahualam. nak tuduh2 dan buruk sangka pon tak elok sebab kite tak nampak.

kat bawah ni ros lampirkan gambar pencuri tersebut. so hati2 kepada mana2 individu yang pernah terlihat wajah pencuri terbabit. dengarnya pencuri ni pon aktif di sekitar putrajaya. waallahualam.

amat canggih!! pencuri naik harrier beb! ni gambar yg diambil dari CCTV UTEM (baju putih yg sama masa mencuri kat KKMT)

orangnya da tuo da pon...da macam ayah2 kito yo

siap bole masuk makmal komputer yang ada tag!!!! siap dapat curik RM2000 kat sini

so kawan2 seme, berhati2....ke mana pergi bawa handbeg n segala rete termasukla jika nak ke tandas sekali pon. kunci pintu, jangan leka. tapi kita hanya merancang, segalanya ketentuan dariNYA.

3 KOMEN:

Pejuang Mata Kebenaran said...

bukan camera rosak atau x berfungsi lah sayang~
sampai hati cakap macam tuh...
masa itu cctv kami masih dalam percubaan..
masih dalam pemerhatian dan sedang dikemaskini..
footage ini pun hanya ada di P.komputer sahaja kerana dalam percubaan dan kawasan2 lain masih dalam pembinaan.
sedih beb cik cakap macam tuh..
bole kene saman tau statement yang cik buat nie.. dan kami pelik macammana cik boleh dapat footage ini tanpa kebenaran pihak UTEM?

ros said...

as salam pejuang mata kebenaran, utk makluman tuan/en/puan sila baca kenyataan di atas dengan teliti, jgn terus melompat/meloncat....saya nyatakan 'kolej' CCTV tersebut di kolej, maksudnya saya nyatakan CCTV di tempat saya bekerja bukan di UTEM. utk maklumam tn/pn/cik jika baca semula kenyataan sy tu, sy memberitahu di tempat kami ada 2 kejadian yang sama seperti yg berlaku di UTEM. mmg kami berharap sgt pencuri tersebut ditangkap sbb saksi2 mmg nyatakan pencuri menaiki kenderaan yg sama dan muka pencuri di UTEM sama dgn pencuri di tempat kami.gambar ini diambil dari seorang kawan yang mmg berharap sgt kami menyebarkan kpd kwn2 lain agar berhati2 bukan niat utk menyalahgunakan gambar ini.

ros said...

kami seme amat berterima kasih kpd UTEM sbb mempunyai CCTV yg canggih yg dpt menangkap gambar si pelaku dengan clear. jika pejuang mata kebenaran tidak membenarkan saya menyebarkan gambar ini untuk tujuan kami seme di sini berhati2 (oleh sebab 2 kejadian kecurian dalam masa terdekat), sy bole delete kn gambar ini.

Post a Comment