Tuesday, April 15, 2014

kek pisang coklat rice gebu dan lembut..yang pasti sedap!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera

arini cuti tapi rasa malas sungguh nak masak. ni ros masukkan resepi kek pisang, oleh kerana ada yang minta nak tempah kek pisang dari ros. ros terkulat2 nak menjawabnye. jadi ros bagitau kat kawan tu, soh rujuk je resepi dalam blog ros. ada pekdah juga ros wujudkan blog ni, apa jua resepi ros masukkan dalam ni utk rujukan mereka yang memerlukan. mudah2an Allah redha dengan setiap entri dalam blog ros, lebih2 lagi kepada empunya resepi asal yang ros ceduk dari mana2 blog lain. ok resepi ni ros amik dari blog azlita masam manis

tapi ros ada ubah sikit resepi asal (seperti biasa la kan...ros ni suke berekperimen). ros ni suke rasa pisang. maka dengan suka ati ros, ros meletakkan kuantiti pisang yang banyak dalam kek ni (tapi tak bole banyak sangat, nanti tak pasal2 batat plak kek kite nanti).

BAHAN A :
150 gm butter atau marjerin
150 gm gula castor (ros guna 130 gm je sebab bubuh pisang banyak)
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang yang telah dilenyek halus (ros guna 300 gm)
1/2 sudu teh esen pisang

BAHAN B :
200 gm tepung kek
30 gm coklat rice (apa jua coklat yang boleh ditabur2)
1/4 sudu teh soda bikarbonat

HIASAN ATAS KEK :
taburkan saje ape jua kekacang yang ada kat umah tu. ros geladah peti ais, jumpe badam hiris dan kauci, so apa lagi......main tabur2 dan renjis2 je atas kek tu

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1) Panaskan oven pada suhu 170 C
2) Sediakan loyang yang bersesuaian
3) Alaskan loyang dengan baking paper/apa jua kertas yang boleh dibuatkan alas dan sapukan mentega pada bahagian dalam tepi loyang tersebut
4) Pukul majerin dan gula hingga keputihan, kemudian masukkan esen pisang
5) Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul hingga sebati (jangan masukkan serentak ye, masuk sebutir, pukul)
6) Secara berselang-seli masukkan (tepung + bikarbonat) dan susu dan kacau perlahan2 hingga rata
7) Perlahan-lahan masukkan pisang dan kacau dengan senduk
8) Masukkan coklat cip dan kacau guna senduk
9) masukkan adunan dalam loyang yang telah disapukan majerin tadi
10) taburkan kekacang di atasnya
11) Masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 C selama 40 minit @ hingga bila anda ambil lidi cucuk di bahagian tengah kek dan didapati lidi tadi licin, tandanya kek anada telah selamat dibakar

TARAAAAA....da siap







Read More

Monday, April 14, 2014

sambal lokan semudah A, B, C

assalamualaikum dan salam sejahtera

alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi hari ini. ros baru balik dari temerloh, melawat ibu ayah di kampung. sepanjang perjalanan, anak2 seme nye ceria, al maklumla balik kampong, yg paling happy mestilah mak nye...alhamdulillah da dapat bertemu dengan mak ayah, lagi2 semangat rasanye hidup ini, bercakap di telefon dengan berjumpa dengan ibu dan ayah ni, lain sangat aura nya.

ok guys...ros nak bagi resepi sambal lokan arini. pernah tengok lokan tak? ros first time tengok lokan pada rabu lepas. memang jakun kejap sebab tak pernah tengok makhluk Allah yang satu ni. rupenye adalah seperti di bawah. ros tanye kengkawan, macamane nak masak ni? dorang bagitau wat rendang. tapi ros rasa macam nak wat sambal je la. sebab bahan2 nak wat rendang, tak mencukupi plak kat dapur tu. petua nak masak lokan ni ialah, tak perlu rebus lama lokan ni sbb nanti lokan akan jadi liat. cara terbaik memadai dengan panaskan air dalam piuk hingga menggelegak. then tutup api dan masukkan lokan tersebut ke dalam nya dengan lafaz bismillah, niatkan makhluk ini akan memasuki syurga kerana dengan memakannya mudah2an kita akan bertambah soleh dan solehah, bertambah iman di dada. rendamkan sehingga mulutnye ternganga. then bole dikupas kulitnye dan keluarkan isinya.

 inilah dia lokan
 isi lokan yang telah kita kupas dari kulitnya
 sambal lokan

BAHAN-BAHAN : (utk 10 ekor lokan)

bahan utk dikisar
5 biji bawang merah 
2 bijji bawang putih

air asam jawa 1 cawan
cili kisar yang kurang pedas (3 senduk nasi)
sedikit gula dan garam secukup rasa

* boleh masukkan belacan jika suka (ros tak suka bubuh belacan dalam sambal)

CARA-CARA :
1) goreng cilir kisar hingga garing dan berminyak
2) masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing
3) masukkan air asam jawa, biarkan mereneh perlahan
4) masukkan isi lokan tadi, biarkan dalam 2 minit...siap!!!!


Read More

Wednesday, April 9, 2014

asam pedas ikan tenggiri ala nyonya yang sedap

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

sekarang ni memang rajin betul ros nak menulis dalam blog ni. Allah gerakkan hati ros untuk sentiasa update apa sahaja yang ros masak dalam blog ni untuk dikongsi bersama dengan rakan2 pembaca sekalian. secara umumnya ros ni bukan lah pandai memasak. hanya suka untuk cuba2 memasak. otak yang Allah beri ni sentiasa ligat berfikir untuk memasak bagi anak2 dan incik asben makan (tapi incik asben ni tak plak gemok2 --> kurus gitu je la). anak2 ros pon sama seme jenis hok keding2 je walau makan banyok doh. think positive ros!!! maybe metabolisme tinggi kot. alhamdulillah. tapi badan ros je la yang makin naik nampak nye. huhuhuhu tu yang memaksa diri untuk jog 4 times every week. untuk jaga kesihatan kan....jantung ni kene jaga...umo udah makin meningkat...

ari sabtu lepas incik asben bawa kami seme gi beli ikan kat PADANG TEMU, Melaka. pada umat muhammad yang duduk di sekitar on the way ke padang temu ni, meh la ramai2 gi beli ikan kat sini....memang murah giler tahap gaban...tak tentu arah jadinye nak beli sea food ni. ok ros bagi peta arah nak ke sana. yang ros tau tempat jual ikan ni kat area padang temu, bile bertemu dengan markas PAS, then trus lagi dalam 50 meter ke depan ada masjid, masuk simpang tu (kat situ la area jual ikan murah derrrrrr). ikan tenggiri kat pasar jual rm24 sekilo tapi kat sini rm12 sekilo. memang separuh dari harga di pasar. ikan plak segar2. besor2. pandai2 la pilih ye. nak kene datang cepat sebab ramai ngat orang. buka dalam area kul9 if tak salah ros dan tutup kul12 tghari. balik tu terus ros wat asam pedas ikan tenggiri ala nyonya. lihat resepi di bawah. ros folo resepi dari blog cik mat

resepi di bawah ni ros da edit sikit mengikut selera ros dan incik asben.

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan tenggiri / merah / gerot2 / jenahak

bahan-bahan untuk dikisar :
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1//2 inci halia
1 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan

bahan-bahan untuk diletak dengan ayu nye :
bendi dalam 10 hingga 15 biji (amik yang muda2 belia)
3 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesom
3 helai daun limau purut
1 kiub ikan bilis
1 cawan air asam (ikut kepekatan asam pedas yang dikehendaki)
3 senduk *cili kisar (lada kering ==> ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
garam dan gula secukup rasa

* ros beli lada kering yang tak berapa pedas supaya ros boleh letak banyak cili kisar dan akan mencantikkan warna asam pedas kita, merah menawan je 
*jika beli lada kering yang terlalu pedas, nanti nampak asam pedas kite macam kaler merah pucat, tak cantik (sebab kita terpakse letak cili kisar sikit je sebab pedas menghonggang bila makannye)



warna asam pedas kita akan jadi menawan, merah oren yang cantik tapi bila makan rasa nye tidak pedas mana, sedang2 je dan anak2 juga bole makan bersama (oleh itu guna kan cili kisar yg kurang pedas(jgn cili boh), so kite bole letak cili kisar yg banyak dan biarkan ia garing hingga berminyak, baru masukkan bahan2 lain)

CARA2 :
1. cuci ikan bersih2, lumurkan dengan asam jawa sementara nak tumis bahan2 lain
2. tumis lada kering yang dikisar tadi, sampai berminyak (dalam 10 minit ikut sebanyak mana cili kisar)
3. masukkan bahan2 yang dikisar, tumis sehingga bertukar warna dari oren kekukingan jadi merah oren (dalam 30 minit), biarkan bahan tersebut mereneh perlahan. kena banyak saba ye jika nak asam pedas yang sedap dan lazat.
4. masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa, biar kan mereneh (tutup periuk yang comel tu)
5. masukkan kiub ikan bilis, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut
6. masukkan ikan perlahan, jangan bagi pecah ye, jgn dok asik godek ngan senduk je
7. masukkan encik brendi....eh silap...bendi,tutup piuk kejap dalam 3 hingga 4 minit
8. tutup api, taraaaaaa da siap

petua ==> 
1) baca bismillah dulu b4 nak masak ape jua makanan, niatkan kerana Allah untuk kebahagian antara kita, menambah keimanan untuk menjadi hamba yang soleh dan solehah. sambil2 masak banyakkan berzikir, selawat dan istigfar. mudah2an orang yang makan masakan kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah. secara tidak langsung kita yang memasak ni senang2 menambah akaun pahala.

2) masak asam pedas ni, jangan gune cili boh, guna cili kering yang dikisar dan bahan2 yang di tumis tadi perlu digoreng hingga garing dan berminyak. baru sedap rasanye. biarkan bahan tadi mereneh perlahan2. kene banyak saba menunggu. jgn nak cepat masak je.




Read More

Tuesday, April 8, 2014

kek 'russian black and white'

assalamualaikum dan salam sejahtera

sekarang ni aktip plak ros menghapdet blog. maaf la ye jika ros ni menggunakan perkataan2 pasar. mungkin ada yang geli yang tengok rata2 ejaan perkataan dalam blog ros ikut suka ati mak bapak ros je. jika cikgu BM ros semak ni, memang naya. (minta maaf ye pn norma baijuria - ni cikgu BM ros masa tingkatan 4 dan 5). 

untuk pengetahuan semua, ros ni da lama ngidam nak wat kek ini. sabtu lalu dengan izinNYA, dapat la ros hasilkan kek ini. di bawah adalah resepinya yang ros import dari my resepi yang telah ros edit serba sedikit

RESEPI KEK COKLAT
BAHAN2 A
100g serbuk koko
1 tin susu cair
250g susu pekat
200g minyak sayuran

BAHAN2 B
210g gula kastor
170g tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

BAHAN C
4 biji telur gred B

CARA2 :
1. masukkan bahan2 A dalam periuk kecil dan panaskan hingga licin (tidak perlu hingga menggelegak)
2. pukul telur hingga berbuih
3. campurkan bahan2 A yang telah dipanaskan tadi dengan telur dengan mixer
4. masukkan bahan2 B sedikit demi sedikit, kacau denagn spatula je
5. masukkan semua adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 10 minit (pastikan air kukusan menggelegak sokmo)

==> bagi resepi coklat ganache, krim cheese dan sirap nescafe, ros folo dari blog pn azlita

RESEPI COKLAT GANACHE
400g coklat masakan (gelap) - ada bermacam brand pilih ikut suke, ros suke brand berryl
30g mentega/butter
250 ml dairy whipping cream (UHT) - jgn salah beli ye!
40g 'syrup glucose' (banyak dijual kat kedai barang2 nak buat kek)
1 sudu besar pes hazelnut atau gune je nutella (boleh abaikan jika tiada)

CARA2 :
1. panaskan dairy whipping cream bersama 'syrup glucose' hingga berbuih2 di tepi periuk
2. tutp api, jirus larutan tersebut ke atas coklat masakan yang telah dipotong kecil2, bersama mentega dan pes hazelnut.
3. kacau rata hingga licin.
4. sejukkan dan kemudian masukkan dalam piping beg dan letakkan dalam peti sejuk selama 10 ke 20 minit (biar coklat kental sedikit agar mudah untuk membuat jaluran atas lapisan kek)

RESEPI KRIM 'CHEESE'
400g krim cheese (ros guna jenama tatura je)
60g gula ising
12g gelatin halal (boleh cari kat mydin di bhgn tempat nak buat kek)
60g air
300g krim putar non-dairy

cara2 :
1. campurkan air dan gelatin, kemudian larutkan menggunakan kaedah water boil atau kukus sehingga menjadi cecair seperti lutsinar. ketepikan sebentar
2. putar laju menggunakan mixer krim cheese dan gula hingga kembang
3. masukkan larutan gelatin ke dalam mangkuk yang berisi cheese tadi
4. dalam bekas yang berasingan putar laju krim putar hingga kental (sampai boleh terbalik dan tak jatuh)
5. satukan krim putar dan cheese menggunakan mixer tapi dalam gerakan yang perlahan dalam 2 mint dan kemudian kacau dengan spatula hingga sebati
6.masukkan dalam piping beg.

SIRAP NESCAFE
1 sudu besar nescafe
1/4 cawan air suam

cara2 :
satukan ke2-2 nya, letak tepi (untuk menjadi bahan pelekat antara lapisan kek dengan cheese dan coklat)

UNTUK DECO LAPISAN KEK TU IKUT SUKA ATI U ALL, MACAM ROS WAT SEPERTI DALAM GAMBO. FIRST TIME WAT. alhamdulillah menjadi juga. ros suka tengok cara2 men'deco' kek dalam blog pn azlita

jangan marah ye secret recipe, ros mengguna semula tapak tempat letak kek tu. bole berjimat. tapi utk pengetahuan u all ini bukan kek secret recipe ye...nama pon da secret.....ni russian black and white cake

kek dikukus selama 1 jam atau 1 jam 10 minit (cucuk kek dengan lidi sate - jika lidi sate licin berminyak maksudnye kek telah masak sepenuhnya). pastikan penutup kukus dibalut dgn kain utk elak air wap menitis pd kek
tadaaaaa......inilah hasil kek yang telah dikukus
sebelum u all nak letak krim cheese dan coklat ganache tu pastikan atas kek tersebut disapu dahulu dengan sirap nescafe tadi. kemudian baru letak krim cheese dan coklat tu. selang-selikan tiap lapisan kek dengan campuran cheese (putih) dan coklat (hitam)

herot petot lapisan nye. tukang mengangkat kek dari tray oven tu adalah incik asben, mana taknye nak tertonggeng kek. berat derrrr kek nye. nyaris nak jerit ros melihatnya...tapi mengenangkan incik asben ni sanggup luang masa tolg ros buat kek, maka ros pendam aje jeritan tak puas ati (tengok kek nak tertonggeng tu) dlm tekak ini....huhuhuhu.....sadis



Read More